Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Setem Khas Jika Menang Emas di Rio

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Hafiz Itam

SHAH ALAM, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – “Jika menang emas di Olimpik Rio, saya sudah berbincang dengan pihak Pos Malaysia untuk mengeluarkan setem khas.

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata demikian selepas melancarkan Pameran Logo Hari Kebangsaan di Galeri Shah Alam semalam.

“Saya dah bercakap dengan pihak Pos Malaysia, jika beregu campuran Malaysia yang akan menentang pasangan Indonesia pada esok (hari ini) menang emas, kami akan membuat setem khas ini sebagai satu cara kita menghargai sumbangan mereka kepada negara

Tambahnya, sebelum ini kita biasanya mengeluarkan setem khas untuk pemimpin dan keluarga diraja sahaja tetapi kita dah bincang supaya mengeluarkan setem khas sempena Olimpik Rio Brazil kali ini.

“Setem ini sebagai kenangan di Olimpik dan makna rakyat Malaysia juga menghargai usaha dan jasa mereka. Kali ini khas untuk emas, bukan perak atau gangsa. Kalau Singapura boleh, kita pun boleh,” ujarnya.

Sementara itu, acara beregu campuran akhir akan berlangsung pada malam ini melibatkan pasangan negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang bakal berdepan dengan pasangan Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir.

Satu lagi peluang emas turut terbuka apabila pasangan beregu lelaki badminton negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong melakukan kejutan sekali lagi apabila berjaya membenam pasangan China, Chai Biao dan Hong Wei 21-18, 18-21, 21-17 dalam separuh akhir di Pavillion 4, malam tadi.

 

-DK

Tinggalkan komen anda