Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

“Jangan Terlampau Obses Pada Pokemon Go” – Jailani

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Zairin bin Mohamad Zin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – “Kita perlu kawal diri kita, jangan terlampau obses pada Pokemon Go”.

Demikian tegas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari dalam sidang media di Majlis Perasmian Logo Hari Kebangsaan, semalam.

Tambah beliau, “Apabila kita terlalu obsess, itulah terjadinya kemalangan dan sebagainya”.

Beliau menasihatkan pemain-pemain Pokemon Go supaya lebih peka terhadap kawasan sekitar kerana telah banyak kejadian berlaku di mana mereka tidak sedar di mana mereka bermain ketika itu.

“Mereka perlu jaga sensitiviti rumah ibadat dan janganlah bermain di situ, juga jangan pergi ke kawasan yang berisiko keselamatan,

prof

Prof Hashim Hassan

“Paling penting, dalam Pokemon Go itu ada juga membuat pembelian dan tanpa sedar duit telah habis ke situ, adalah lebih baik dengan duit itu kita datang ke sini, dapat lihat ‘design’ logo-logo di sini,

“Walaupun ia menggalakkan aktiviti luaran, tetapi pameran ini juga salah satu aktiviti luaran yang lebih menjana pemikiran”, ujar beliau lagi.

Pameran logo-logo hari kebangsaan ini diadakan di Galeri Shah Alam dan dibuka kepada orang awam sehingga 16 September 2016, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Antara yang dipamerkan termasuk logo-logo Hari Kebangsaan dari tahun 1976 hingga kini.

Turut hadir, pereka lapan logo Hari Kebangsaan, Prof Hashim Hassan yang pernah berkhidmat di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pameran ini bertujuan mempamerkan kesemua logo-logo Hari Kebangsaan bagi tatapan umum dan memberi pemahaman di sebalik setiap logo yang dihasilkan.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda