Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Sukan Laut Menjadi Pilihan Warga Labuan

By 7 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Mohammad Nazeeb Hj. Ali

LABUAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Jika pergi ke Labuan, jangan terlepas peluang untuk singgah ke Taman Damai, Layang – Layangan kira – kira 10kilometer daripada bandar Labuan.

Ia merupakan salah satu tempat rekreasi perlancongan yang terdapat di Wilayah Persekutuan Labuan. Setiap hujung minggu, warga Labuan mengambil peluang ke sini bersama keluarga bagi mencuba sendiri pelbagai permainan sukan laut yang di sediakan antaranya banana boat, flying fish, menyelam (Snookerling), ATV Ride dan Tiger Shark.

Kesemua permainan tersebut di kenakan bayaran dari RM15.00 hingga RM40.00 seorang.

Pengusaha permainan sukan laut ini yang hanya mahu dikenali sebagi Man, ketika di temu bual berkata, permintaan yang tinggi ialah pada waktu cuti persekolahan dan pengunjung bukan hanya masyarakat Labuan malah ada juga yang datang daripada Brunei Darussalam.

“Setiap hujung minggu, saya tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke sini bersama keluarga, selain daripada terdapat pelbagai permainan, pantainya juga bersih dengan suasana begitu aman” ujar Zaimah binti Hadanalah seorang warga tempatan yang sempat di temu bual.

Selain sukan laut, medan selera di sini juga menjadi tumpuan warga Labuan pada setiap hujung minggu.

Pelbagai menu di sediakan dan antara yang porpular ialah air piasau (air kelapa) dan sate. Medan selera di buka setiap hari bermula jam 1.00 petang hingga jam 8.00 malam.

Tinggalkan komen anda