Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Musim Haji Bermula

By 7 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur & Sherul Nizam Zakaria (Bayan Lepas)

BAYAN LEPAS, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Fasa kedua operasi haji akan bermula pada 19 Ogos hingga 20 Ogos 2016, manakala penerbangan yang terakhir adalah pada 25 Ogos 2016.

Menurut pihak tabung haji, Operasi Haji Tanah Air Stesen Pulau Pinang bagi fasa satu pada tahun ini bermula dari 4 Ogos hingga 10 Ogos 2016.

Seramai 150 jemaah haji Pulau Pinang telah diraikan dalam satu acara Majlis Pelepasan Jemaah Haji di Kompleks Tabung Haji, di sini, Khamis lepas.

WhatsApp Image 2016-08-06 at 11.05.16 AM

Semua jemaah haji bagi Stesen Pulau Pinang telah singgah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas dengan penerbangan Malaysia Airline Berhad pesawat A380 yang boleh memuatkan seramai 489 jemaah haji dalam satu masa.

Majlis disempurnakan oleh Yang DiPertua Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama, Tun Dr Abdul Rahman Abbas, yang hadir bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Hadir sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon.

WhatsApp Image 2016-08-06 at 11.05.29 AM

– AH

Tinggalkan komen anda