Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

150 Jemaah Haji Sarawak akan Tiba Bermula 1 Oktober

By 22 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 22 Sept (Malaysiaaktif)- Seramai 150 orang Jemaah Haji Negeri Sarawak dari Baitullahhilharam bagi musim haji 1437H/2016M akan tiba pada 1 Oktober 2016 dengan Penerbangan KT24Q pada 4.30 pagi, 2 Oktober (KT25Q) pada 4.30 pagi dan 11 Oktober 2016 (KT41Q) pada 3.10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

“Penerbangan ini akan membawa jemaah Haji terdiri dari Bintulu, Limbang, Sibu, Sarikei, Mukah dan Miri,” demikian kata Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak, Haji Rozimin Ahamed Kamil.

Dalam urusan ketibaan Jemaah Haji keluar dari pesawat melalui Bay 9, urusan saringan kesihatan Jemaah Haji akan dilakukan bagi kawalan penyakit berjangkit semasa mereka keluar daripada pesawat.

Di samping itu, bagi Jemaah Haji uzur, Rozimin menyeru agar Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan dan akan dibawa keluar bersama waris oleh petugas kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Waris-waris yang menunggu ketibaan Jemaah Haji diminta agar mematuhi segala arahan oleh Lembaga Tabung Haji dan Lapangan Terbang Antarabangsa agar kenderaan diletakkan di tempat yang betul atau mana-mana urusan perlu berurusan dengan orang yang betul supaya semua urusan berjalan dengan lancar.

Sementara itu, pihak keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia dan RELA diseru agar mengawal lalu lintas dan keselamatan dengan sebaik mungkin agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.”

Dalam pada itu, semua petugas operasi diingatkan agar melapor diri dua jam lebih awal dan semua petugas menggunakan Pas Keselamatan MASB.

Rozimin ditemui semasa mesyuarat penyelarasan ketibaan operasi Haji Tanah Air (Fasa 2) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi tadi.

SF

Tinggalkan komen anda