Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

JKJR – Tahap Kesedaran Orang Ramai Masih Rendah

By 22 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Mohamad Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 22 Sept (Malaysiaaktif) – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan, menasihatkan orang ramai khususnya pejalan kaki supaya menggunakan kemudahan yang disediakan disamping mematuhi peraturan dan tatacara melintasi jalan bagi mengelakkan kemalangan.

Menurut pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri, Faridatul Nadya Mohamed Yusoff berkata, masih ramai pejalan kaki tidak mahu menggunakan kemudahan yang disediakan untuk melintas jalan.

“Sebaliknya orang ramai gemar menggunakan jalan pintas dengan alasan mengejar masa dan sebagainya.

“Tahap kesedaran orang ramai terhadap penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut masih lagi rendah di negeri ini,” ujar beliau ketika berucap dalam Program Perjalanan Selamat Pejalan Kaki yang diadakan di Sekolah Menengah Tanjung Mas, disini.

jkjr5

Demonstrasi menyelamat oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut diadakan.

 

Faridatul juga menjelaskan, JKJR sentiasa berusaha dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan mengutamakan keselamatan jalan raya, secara berterusan.

Dalam program tersebut JKJR telah menyumbangkan sebanyak 110 buah topi keledar yang diedarkan kepada pelajar Sekolah Menengah Tanjung Mas, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Mas Kota Bharu.

Program turut diisi dengan pameran daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan yang dihadiri sekitar 500 penduduk sekitar beserta 100 peserta terlibat ini dilihat mampu mengubah sikap orang ramai dalam menjaga keselamatan di jalan raya.

Ahmad Ridhuan Mohamad, 49, berkata, program seumpama ini perlu diteruskan terutama di sekolah- sekolah bandar dan luar bandar dalam memberikan pendedahan keselamatan pejalan kaki terhadap pelajar sekolah, ujarnya kepada Malaysiaaktif.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda