Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Hiburan Bermaklumat Pentarama Tarik Orang Pasir Mas

By 29 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Pasir Mas)

PASIR MAS, 28 Sept (Malaysiaaktif) – Pendekatan Strategi Lautan Biru yang dibawakan oleh Pentarama bukan sahaja mementingkan simbol perpaduan dalam kalangan masyarakat tetapi juga sebagai platform merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin serta masyarakat dengan kakitangan awam.

Mesej yang disampaikan dalam bentuk hiburan oleh Pentarama yang ditubuhkan sejak 1971 telah berjaya menyatupadukan masyarakat tanpa mengira fahaman ideologi politik, agama dan bangsa.

Pentarama yang hadir menghiburkan semua semalam

Pentarama yang hadir menghiburkan semua  di Padang Kg. Batu Karang semalam.

 

Kehadiran Pentarama di Padang Awam Kg. Batu Karang, Rantau Panjang semalam berjaya menarik lebih 2000 penduduk sekitar.

Dalam kemeriahan majlis itu, Pentarama membawakan pelbagai mesej hiburan bermaklumat yang diselitkan dengan dasar negara, sayang kepada pemimpin, semangat cinta akan negara dan pencegahan penyakit berjangkit.

Menurut suri rumah, Surinawati Sulaiman, 34, walaupun pertama kali melihat persembahan Pentarama membuatkan dirinya tertarik untuk menyaksikan persembahan tersebut kerana konsepnya bukan sekadar hiburan tetapi penuh dengan maklumat berguna kepada masyarakat.

Surinawati Sulaiman yang ditemui semalam

Surinawati Sulaiman yang ditemui semalam

 

Bagi seorang lagi penduduk tempatan, Samsudin Deraman, 53, menyatakan kehadiran Pentaramabukan sahaja menghiburkan malah mendatangkan banyak manfaat.

“Saya bukan sahaja terhibur dengan persembahan Pentarama tetapi aktiviti seumpama ini dapat menarik golongan belia untuk datang sekali gus mengelakkan mereka daripada membuang masa dengan aktiviti tidak sihat,” ujarnya yang ditemui oleh Malaysiaaktif semalam.

Samsudin Deraman yang menyatakan Pentarama bukan sahaja menghiburkan malah bermanfaat kepada belia

Samsudin Deraman yang menyatakan Pentarama bukan sahaja menghiburkan malah bermanfaat kepada belia

 

Sementara itu, bagi beliawanis Wan Norlida bt Wan Zulkifli, 26, program ini perlu dibuat dengan lebih kerap lagi kerana banyak memberi manfaat kepada masyarakat dari segi saluran maklumat dan dasar kerjaaan ke peringkat akar umbi.

Pentarama merupakan antara pendekatan Jabatan Penerangan Malaysia menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai telah membuat persembahan seperti nyanyian dan celoteh pendek berkenaan keunikan negeri Kelantan serta isu semasa.

Turut hadir dalam program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan itu ialah Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Senator Datuk Hj. Abdullah bin Mat Yasim, dan Pengarah Penerangan Kelantan,
Datuk Hj. Mohd Sabri bin Hj. Abdullah.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda