Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Kepelbagaian Kaum Warna Sambutan Hari Malaysia

By 16 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto Syarul Azis (Bintulu)

BINTULU, 16 Sept (Malaysiaaktif) – “Rata-rata pelajar saya yang terlibat dalam Persembahan Hari Malaysia 2016 terdiri daripada kaum Kenyah, Kayan, Melanau, Cina, Melayu dan Penan.

“Sekolah kami terletak agak jauh berbanding sekolah lain, jadi kami hanya menghantar pelajar tingkatan dua dan empat seramai 60 pelajar, iaitu 30 lelaki dan 30 perempuan.”

Seramai 1106 peserta akan terlibat dalam Sambutan Hari Malaysia 2016.

 

Demikian kata Guru Bahasa InggerisĀ SMK Sebauh, Adam Geordrey, 26Ā yang ditemui pada sesi raptai penuh Sambutan Hari Malaysia 2016 diĀ Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu semalam.

SMK Sebauh bersama lapan sekolah lagi di sekitar Bintulu terlibat mewakili 1106 peserta yang akan turut serta dalam Sambutan Hari Malaysia 2016 yang akan berlangsung pada 7.00 malam ini.

Tambah Adam, dalam masa yang singkat ini dia amat kagum dengan persembahan yang dipamerkan oleh semua yang terlibat dengan dibantu oleh Jurutari Bahagian Kebudayaan, Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak.

image

Antara jurutari yang terlibat dalam raptai Sambutan Hari Kebangsaan semalam.

 

“Walaupun berbeza budaya dan agama, bermula Ahad lepas kami mula berlatih di Stadium dan di sini. Akhirnya dengan semangat demi Malaysia, semua dah tahu gerakan dan formasi kerana susah sebenarnya pelajar nak samakan gerak tari sebab banyak sekolah terlibat. Formasi daripada tiada apa tetapi sekarang ni masing-masing dah tahu gerak tari,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bagi Adam, Hari Malaysia juga menggambarkan kepada masyarakat bagaimana untuk mengingati tiga tempat yang berbeza digabungkan di bawah satu nama, satu negeri.

“Sebagai anak Sarawak, berada dalam negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum boleh membawa semangat itu ke Sabah dan Semenanjung. Jadi gambaran kepelbagaian dalam masyarakat itu yang menggambarkan keunikan sebenar Malaysia,” ujarnya.

image

Jalur Gemilang yang bakal dikibarkan di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu malam ini.

 

Dalam pada itu,Ā Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja, Datuk Khir Hj Busrah selain persembahan kebudayaan dan formasi menarik ada juga tayangan video menarik.

“Tayangan video khas dalam empat minit merupakan acara inklusif yang memaparkan tema #sehatisejiwa. Video ini menggambarkan konsep bersatu padu dalam kalangan Rakyat Malaysia. Artis tempatan, seperti Jay Jay, Jaclyn Victor, dan Jimmy Palikat juga akan menghiburkan pengunjung.

“SambutanĀ kali ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Sukan Bot Laju yang diadakan pertama kali di BintuluĀ untuk menghangatkan suasana Hari Kebangsaan yangĀ berlangsung semalam dan hari ini,” ujarnya yang jugaĀ Pengarah Unit Protokol dan Perhubungan Awam Sarawak.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 7.00 malam ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda