Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Malaysia

By 16 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Fandy Adlan (Bintulu)

BINTULU, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Tun Razak akan ditutup bermula 4.00 petang ini sempena sambutan Hari Malaysia 2016 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, Sarawak.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Sarawak semalam, orang ramai diminta hadir awal hari ini bagi mengelakkan kesesakan jalan.

Persembahan 680 pelajar di sekitar Bintulu dalam raptai semalam

Persembahan 680 pelajar di sekitar Bintulu dalam raptai semalam

 

Pengguna jalan raya juga diminta menggunakan jalan alternatif dan polis trafik akan membantu pergerakan trafik di kawasan terbabit.

Sementara itu, bagi melancarkan sambutan yang bertemakan #sehatisejiwa kali ini, pengunjung diharap tidak membawa minuman masuk serta tidak dibenarkan membawa senjata atau benda tajam.

Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengadakan kawalan ketat demi menjaga keselamatan orang ramai semasa sambutan berlangsung.

Koir KKMM yang menampilkan pelbagai lagu yang menjadi siulan Rakyat Malaysia

Koir KKMM yang menampilkan pelbagai lagu yang menjadi siulan Rakyat Malaysia

 

Sambutan Hari Malaysia 2016 yang bermula pada pukul 7.00 malam ini juga bakal menampilkan persembahan kebudayaan yang disertai oleh seramai 680 pelajar daripada sembilan buah sekolah dari sekitar Bintulu, di samping persembahan koir Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan persembahan artis terkenal tanah air.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda