Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Pertahan Kemerdekaan Cabaran Generasi Muda – Sulaiman Razak

By 4 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan dan Foto oleh : Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 4 Sep (Malaysiaaktif) – “Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan bendera, percikan bunga api mahupun mengadakan sambutan tetapi bagaimana kita mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan ini”.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Haji Sulaiman bin Haji Razak dalam perasmian Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, hari ini.

Menurut beliau, “Tugas mempertahankan kemerdekaan ini berada di bahu generasi muda yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara”.

“Perkara ini menjadi cabaran utama generasi akan datang kerana ada banyak pihak pada masa sekarang hendak meruntuhkan sistem demokrasi negara”, tambah beliau dalam ucapannya.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2016 merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor.

Kali ini, lima kumpulan mewakili lima daerah telah dipertandingkan. Johan dimiliki oleh Kumpulan Selangorku Sayang dari daerah Hulu Selangor dengan tajuk pengisahan ‘Leftenan Adnan’ membawa pulang hadiah wang bernilai RM3000 berserta plug dan sijil.

Manakala naib johan dengan tajuk ‘Datuk Ahmad Nawab:Gemerlapan Nama Seindah Irama’ dimenangi oleh Kumpulan Murni Mambo dari daerah Gombak yang membawa pulang hadiah wang bernilai RM2000 serta plug dan sijil.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Kumpulan Produksi Wak Jabit dari daerah Hulu Langat dengan tajuk ‘Sejarah Memoir Vida Sang Diva’ yang membawa pulang hadiah wang bernilai RM1000 serta plug dan sijil.

Dua kumpulan lagi iaitu Kumpulan Perwira dari daerah Kuala Selangor dan Kumpulam Warisan Pendidik dari daerah Petaling, masing-masing membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM600 berserta sijil.

 

-DK

Tinggalkan komen anda