Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Setiap Agensi Anjur Satu Sukan-Abdul Karim

By 29 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
 Oleh Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 29 Sept (Malaysiaaktif) – “Setiap kementerian atau agensi kerajaan diseru menganjurkan satu sukan untuk disertai kakitangan, keluarga dan komuniti mereka. Program dan aktiviti merangkumi semua jenis sukan dan kecergasan yang melibatkan fizikal.

Demikian menurut Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah semasa mesyuarat jawatankuasa induk Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sarawak di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce Kuching, pada Rabu.

Tambahnya, HSN anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bakal menarik seramai 535,480 penyertaan daripada seluruh penduduk Sarawak yang merangkumi pelajar sekolah, belia atau persatuan, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, pusat kercegasan dan semua agensi kerajaan.

whatsapp-image-2016-09-28-at-11-55-43-am

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN) peringkat negeri Sarawak di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce Kuching, pada Rabu.

 

HSN akan disambut pada Sabtu, 8 Oktober 2016 depan secara serentak di seluruh negara dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang berlandaskan prinsip 3M (Menarik, Mudah dan Murah).

HSN Sarawak akan dijalankan serentak di Peringkat Negeri, Daerah, Daerah Kecil, Parlimen dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2016.

“Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan semasa berlangsung HSN antaranya ialah Fun Run, Fun Ride dan aktiviti kecergasan dan program untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti Catur, Boling, Olahraga, Renang, dan Badminton dan Waja Diri 10 seni pertahanan diri,” ujarnya.

“Pelancaran HSN 2016 bagi Peringkat Negeri Sarawak akan dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, bertempat di Padang Merdeka, Kuching pada 9 pagi, 8 Oktober 2016,” jelasnya.

HSN telah dilancarkan pada 24 Mac 2015 di Pavilion. Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan HSN disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda