Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Ramai Baru Buka Mata Selepas Kejayaan Atlit Paralimpik

By 29 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Foto: The Star
Oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Sept (Malaysiaaktif) –  “Kehidupan saya sudah berubah dengan sekelip mata dan ramai yang sudah membuka mata apabila melihatkami atlit paralimpik mampu menyumbangkan pingat emas untuk negara”.

Demikian menurut Abdul Latif Romli, 19, juara acara lompat jauh T20 lelaki di Sukan Paralimpik 2016 baru-baru ini ketika ditemui semasa majlis Sambutan Wira Negara di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi yang merupakan sekolah beliau belajar.

whatsapp-image-2016-09-28-at-23-44-29

“Saya terharu dan sampai sekarang pun masih terkejut dengan begitu banyak sambutan dan penghargaan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri di atas kejayaan saya dan rakan – rakan yang lain  setelah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 Brazil,” jelasnya lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pelajar di sekolah ini kerana banyak membimbing dan memberi dorongan kepada saya selama ini, ujarnya lagi.

4ee2a2b4-b7e5-49b6-ac6e-03b5c2ae000e

Menurut Sanusi Zainal Abidin, seorang guru yang bertanggungjawap mencungkil bakat beliau,” Kami menyedari bakat yang ada dalam diri Latif sudah cukup lama dan yakin satu hari nanti dia pasti akan menyumbangkan sesuatu yang bermakna untuk negara dan terima kasih juga  kepada ibu – bapa beliau yang menaruh sepenuh kepercayaan kepada kami untuk membimbing anak mereka dan ternyata pengorbanan mereka  selama ini sudah berbaloi,” jelasnya.

Pada majlis itu juga diadakan Majlis Pecah Tanah “Pavilion Abdul Latif Romly” di padang sekolah berkenaan sebagai penghargaan dan simbol pengabdian kejayaan beliau yang d saksikan oleh kira-kira seribu pelajar sekolah tersebut.

Untuk rekod, dua atlit kurang upaya(OKU) dari Perlis telah mengharumkan nama negara dalam Sukan Paralimpik Rio2016 dengan memenangi  dua pingat emas, iaitu Mohd Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (celebral  palsy atau kelumpuhan Otak Besar) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20 (masalah pembelajaran).

   

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda