Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Asyura Perdana Malaysia–Thailand Kukuh Perpaduan

By 14 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Md Sazali Bin Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 14 Okt (Malaysiaaktif) –  Sebanyak 50 kawah bubur asyura pelbagai resipi dan warna bubur asyura termasuk resipi dari Thailand dimasak dalam Program Asyura Perdana Malaysia-Thailand 2016 yang diadakan di Arena Square Pengkalan Hulu, pagi semalam.

Pelbagai masyarakat pelbagai kaum termasuk masyarakat Siam menyertai program anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Pentadbiran Daerah Pengkalan Hulu dan Pejabat DUN Pengkalan Hulu serta Pentadbiran Daerah Betong, Thailand.

Ketua Masyarakat Siam Kampung Tasek, Prawat A/L Din Chee Ron, 52, berkata, penyertaan komuniti mereka dalam program ini menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan penduduk daerah Pengkalan Hulu walaupun berlainan agama dan bangsa.

penyertaan-masyarakat-siam-kampung-tasek-dalam-program-asyura-perdana-malaysia-thailand

Penyertaan masyarakat Siam Kampung Tasek dalam program Asyura Perdana Malaysia-Thailand

 

“Program ini lebih berunsurkan agama Islam tetapi kehadiran masyarakat Siam menunjukkan semangat toleransi di antara kaum di daerah ini,” ujarnya gembira.

Sebanyak 500 kotak bubur Asyura diagihkan untuk anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di daerah ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pengkalan Hulu), Aznel Ibrahim turut hadir menyertai program tersebut.

3

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Datuk Ismail Saffian berharap program seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan.

ceo

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Datuk Ismail Saffian ketika berucap merasmikan program.

 

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam program kali ini dan berharap ini bukan kali terakhir kita bersama dalam program seperti ini,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Ismail turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM20 ribu untuk pembinaan tandas di Pondok Agama Al-Latifiah (pondok Pak Teh) Kuak Hulu.

“Peruntukkan tersebut diharap dapat membantu menambahbaikkan tandas pondok tersebut yang akan dibina secara gotong-royong,” katanya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda