Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViral

Bajet 2017 : Tingkat Pendapatan Rakyat Antara Fokus Utama

By 20 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh  Syed Hisham Shah / Pradeeb Kumar (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 20 Okt (Malaysiaktif) – Kerajaan komited untuk mensejahterakan rakyat terutama golongan berpendapatan sederhana (M40) dan kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah (B40) melalui Bajet 2017 yang akan dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober ini, dengan mengkaji 2 komponen utama, pertama harga barangan dan perkhidmatan asas dan kedua, pendapatan.

Malaysiaaktif sempat menemubual beberapa orang awam bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap pembentangan bajet tahun ini.

haziq-769x1024

Semoga lebih banyak peluang pekerjaan terbuka untuk graduan tempatan – Haziq Khairin

 

Haziq Khairin Adham Hasni, Pelajar, 17, mengharapkan sesuatu imbuhan diperuntukkan khususnya kepada golongan-golongan pelajar universiti yang turut merasai bebanan perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

“Peningkatan harga barang yang meningkat saban tahun memberi tekanan kepada kami golongan pelajar. Jikalau dahulu, harga makanan seperti nasi lemak hanya sekitar RM1 hingga RM1.50, kini dijual dengan harga yang lebih mahal dan ianya meningkat saban tahun,” ujarnya.

Haziq juga berharap agar lebih banyak peluang pekerjaan sesuai kelayakan disediakan untuk pelajar-pelajar lepasan universiti daripada sektor swasta mahupun kerajaan.

Sementara itu, kelemahan ekonomi negara haruslah dibaiki segera. Menurut seorang Pegawai Eksekutif Pemasaran, Steve Wong, 35, “pengembangan aspek ekonomi dapat dilakukan melalui pengurangan cukai yang dikenakan kepada rakyat,” ujar beliau ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif di sekitar Putrajaya.

Pengurangan kadar cukai mampu membantu pengembangan ekonomi semasa - Steve Wong

Pengurangan kadar cukai mampu membantu pengembangan ekonomi semasa – Steve Wong

 

Dengan kenaikan harga minyak yang perlu disemak setiap bulan, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada golongan pelajar. Menurut Mohamad Nurizzuddin Mohd Izzat Salo, 18, “sekiranya kerajaan dapat memberi pertimbangan memberikan bantuan dalam aspek pengangkutan kepada golongan pelajar, ianya sesuatu yang amat dihargai.

Nurizzuddin mengharapkan bantuan kerajaan dalam sistem pengangkutan awam lebih mesra pengguna terutamanya kepada golongan pelajar

Nurizzuddin mengharapkan bantuan kerajaan dalam sistem pengangkutan awam yang lebih mesra pengguna terutamanya kepada golongan pelajar

 

Mungkin pihak kerajaan perlu menyediakan rebat atau subsidi kepada golongan pelajar bagi mengurangkan beban kewangan yang bakal ditanggung,” ujarnya.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda