Oleh: Asmidar Zainol & Volintine Jiloh (Sabah)
NABAWAN, 19 Okt (Malaysiaktif) – “Kami akan menanam kelapa sawit secara berkelompok agar anak-anak muda tidak perlu keluar bekerja di tempat lain.
Ketua Kampung Sikait, Bakampong Mawtui, 47, melahirkan rasa syukur kerana telah dipilih sebagai salah seorang benefisiari atau penerima geran ?komunal Kampung Logonggon, Pagalungan yang berlangsung pada Selasa.
Bakampong yang telah menunggu dalam tempoh yang agak panjang berharap para pengusaha akan berusaha dengan baik dan mengikut cadangan dan keperluan yang telah dicadangkan.
Tambahnya, beliau juga berharap kerajaan dapat mempercepat pembinaan jalan raya untuk keselesaaan masyarakat berkerja dan menjual hasil pertanian.
Sementara itu, rakannya, Yarimih Korou, 31, dari Kampung Sabuyoh juga sangat teruja kerana pertama kali dapat melihat sendiri pemimpin nombor satu Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis tersebut.
“Saya berasa sangat teruja kerana ini merupakan pertama kali saya dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah.
“Perjalanan 30 minit dari kampung terasa sangat berbaloi apabila kami berpeluang untuk bermesra dengan barisan pemimpin,” ujarnya.
Beliau turut berharap melalui lawatan tersebut, kerajaan dapat mempertimbangkan pembinaan sekolah menengah di kawasan kampung berkenaan.
“Pembinaan sekolah itu nanti dapat membantu mengurangkan kadar keciciran pelajar ke sekolah di samping mengurangkan kerisauan ibu bapa untuk menghantar anak-anak bersekolah di tempat yang jauh dari rumah,” kata Yamirih.
Pada majlis berkenaan, Musa Aman telah menyerahkan geran ?berkeluasan 8,600 ekar kepada 339 benefisiari.
“Walaupun tidak dapat diselesaikan dengan sekelip mata, namun ?kita berjaya menyelesaikan banyak isu tanah dan geran telah diberikan kepada orang kampung,” ujarnya.
Sehingga kini daerah ?tersebut mempunyai tanah seluas 34,374 ekar geran komunal yang melibatkan 55 buah kampung dan 1,616 benefisiari.
-SF
?