Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri SembilanViral

Minggu Inovasi Negeri Sembilan Serlahkan Bakat Pelajar dan Penjawat Awam

By 20 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh : Daniel Jong / Suzilawati Kamarudin (Seremban)

SEREMBAN, 20 Okt (Malaysiaktif) – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan menegaskan bahawa Minggu Inovasi bukan sekadar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahunan kerajaan Negeri.

“Kerajaan negeri menyokong penuh perlaksanaan program ini kerana kita yakin dan percaya potensi kakitangan awam dapat diserlahkan melalui Minggu Inovasi ini, malahan hasil inovasi ini dapat kita terapkan dalam penyampaian perkhidmatan agar ia lebih efisien,” ujarnya yang merasmikan Majlis Penutup Minggu Inovasi Negeri Sembilan 2016 di Dewan Theatrette,Wisma Negeri, di sini.

Penganjuran Minggu Inovasi antara bertujuan untuk memantapkan kefahaman dan komitmen warga Negeri Sembilan mengenai agenda negara dalam usaha memajukan bidang inovasi ke arah mencapai Wawasan 2020.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3 yang diwakili Muhamad Fakhrul Amran, M.Ruben dan A. Adrian berjaya menduduki tempat pertama bagi kategori sekolah.

“Fire Fox Fury” membawa tuah kepada SMK Seremban 3 apabila menjadi johan bagi kategori sekolah

“Fire Fox Fury” membawa tuah kepada SMK Seremban 3 apabila menjadi johan bagi kategori sekolah

Sebuah model kapal pelancong bertaraf lima bintang yang dinamakan “Fire Fox Fury” menjadi tuah kepada mereka apabila memenangi tempat pertama dalam acara Model Pengangkutan.

Manakala bagi kategori pengurusan, johan disandang kumpulan NITRATE dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan manakala bagi kategori teknikal dimenangi oleh kumpulan A-QAR dari Majlis Perbandaran Seremban.

Johan Minggu Inovasi ini akan mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14 sehingga 15 Disember ini di Melaka.

Minggu Inovasi tersebut dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang dua hari penganjurannya termasuklah pameran daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, Pertandingan Penerokaan Inovasi dan Reka Cipta Inovasi.

Penyertaan turut melibatkan pelajar sekolah dan kakitangan awam dari jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sembilan.

-SH

Tinggalkan komen anda