Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Jumpa Doktor Bertauliah Sebelum Rujuk Perubatan Alternatif – Mufti

By 18 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka / Foto Utama: Harian Metro

MELAKA, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Bagi memuaskan hati orang ramai yang tersinggung dengan isu viral gambar sebut harga yang dikeluarkan sebuah pusat perubatan di sini, Pusat Perubatan Islam Darul Rizqi, pengasasnya mengumumkan penutupan operasi serta merta.

Menurut pengumuman yang dibuat pada Sabtu melalui laman sesawangnya yang kini tidak lagi beroperasi, semua laman sosial yang melibatkan pusat tersebut juga ditutup dan tidak akan beroperasi buat selamanya.

“Sepatutnya pihak tersebut (yang mengviralkan isu ini) datang berjumpa dengan kami jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Namun, kami redha dan akan usaha untuk mencari rezeki dengan cara lain,” ujarnya ringkas ketika dihubungi.

website-darul-rizqi

Kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Darul Rizqi sebelum laman ini ditutup.

 

Sementara itu, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil menyarankan agar umat Islam mendapatkan rawatan melalui pemeriksaan doktor yang bertauliah di hospital untuk terlebih dahulu sebelum merujuk kepada perubatan alternatif.

“Kami akan memanggil pengamal perubatan alternatif Darul Rizqi dalam satu perbincangan yang dipanggil sesi pemurnian bagi mengenal pasti kaedah perubatan yang dijalankan,” ujarnya.

Kata Abdul Halim, antara kaedah yang hendak dilihat adalah bagaimana kaedah Islam yang diguna serta dari mana sumber rujukan selain sudut bacaannya sama ada secara saintifik atau teori.

“Kaedah mandian sunnah tutup ubat dan sebut harga yang dilakukan pemilik itu juga dilihat umpama wang pengeras dan ia secara tidak langsung melanggar etika perubatan Islam kerana membebankan pesakit,” jelasnya.

Tambahnya, pemilik tersebut juga boleh disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Melaka 1991 jika terdapat keraguan dan antara tindakan yang akan diambil adalah dengan menasihati agar tidak mengamalkan kaedah yang dijalankan dan sebagainya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda