Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

SK Serkam Johan Pertandingan Berbicara Berirama

By 6 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Muhaimin Amran / Foto: Norliana Mohd Zin

JASIN, 6 Okt (Malaysiaaktif) – Bakat anak-anak daripada Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Rendah berjaya dicungkil melalui Program Pertandingan Bicara Berirama Daerah Jasin 2016.

Program yang julung kali diadakan ini berjaya menarik minat tujuh buah sekolah rendah yang melibatkan hampir 100 orang murid di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan, di sini semalam.

Salah seorang peserta, Farihah Mesri, 12, berkata dia berasa teruja dan bangga dapat menyertai pertandingan ini kerana melibatkan acara secara berkumpulan dan memerlukan latihan secukupnya.

“Saya gembira dapat berlatih bersama-sama dengan kawan-kawan dan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama sekolah,” ujarnya.

3

Menurut Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Mohd Mogni Hamzah, program sebegini amat baik untuk membentuk generasi cilik mengingati sejarah dan pengorbanan generasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan.

“Program sebegini juga membantu menggalakkan generasi muda untuk mengekalkan perpaduan yang menjadi teras kepada keamanan negara pada hari ini,” jelasnya.

Manakala, Pegawai Perpaduan Daerah, Norliana Mohd Zin berkata program ini amat wajar diteruskan pada masa akan datang memandangkan sambutan luar biasa yang diterima daripada Kelab Rukun Negara Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Jasin.

“Semangat bekerjasama d idalam satu pasukan dan semangat cintakan tanah air berjaya disampaikan atau diterjemah oleh semua pasukan yang menyertai pertandingan ini dan mereka berjaya mempamer kehebatan pasukan masing-masing walaupun masih di peringkat sekolah rendah,” kata Norliana.

4

Pasukan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam dinobatkan sebagai johan diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Hsien sebagai naib johan dan SK Kesang Tua menduduki tempat ketiga.

Sekolah-sekolah lain yang turut bertanding ialah SK Kemendor, SK Parit Gantung, SK Air Barok dan SK Pulai.

Majlis Perasmian Penutup Program disempurnakan oleh Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka, Mansor Mohd Hashim.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda