Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Teruja Saksikan Perarakkan Pesta Maharaja 9

By 6 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Mohd Faizal Mansor

     Foto : Jeffrey Nian

LABUAN, 6 Okt(Malaysiaaktif) -Masyarakat Labuan khususnya penduduk sekitar Bandar Labuan malam tadi amat teruja menyaksikan perarakan Pesta Maharaja 9 yang disambut oleh masyarakat Tiong Hua beragama Buddha.

pesta-9

Perarakan yang bermula dari Tokong Feng Huang Shan Ba Xian Miao Jiu Huang Da Di di Jalan Kinabenua Kampung Sungai Keling Labuan hingga ke Tokong Buddha Jalan Bunga Tanjung Bandar Labuan telah menarik minat masyarakat pelbagai kaum untuk menyaksikannya.

Antaranya Soffery Mohd Said, 40, yang sering tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan pesta tersebut yang diadakan setiap tahun.

Baginya, inilah satu pengalaman yang berharga selain menyaksikan perarakan yang bewarna warni, beliau juga dapat mengetahui serba sedikit tentang perayaan dan sambutan yang disambut oleh masyarakat Cina di Labuan, ujar Soffery lagi.

Menurut Sinnaya A/L Ravi, 56, yang merupakan pengunjung dari Perak, beliau juga turut teruja menyaksikan perarakan pesta tersebut walaupun baru dua hari melawat ke pulau Wilayah Persekutuan tersebut dan menganggap ia satu bonus bagi mengisi program percutiannya ke Labuan.

Tambah Sinnaya,walaupun, sebelum ini pesta tersebut pernah disaksikannya di Semenanjung namun menyaksikannya ketika melancong merupakan pengalaman yang amat menyeronokkan.

Bagi salah seorang penduduk Bandar Labuan, Chaw Chai Keon, 46, suasana meriah sebegini menjadi kebiasaan dan semangat 1Malaysia dapat dilihat di mana pelbagai kaum memenuhi di bahu-bahu jalan sekitar Bandar Labuan untuk menyaksikan perarakkan Pesta Maharaja 9 tersebut setiap kali ia diadakan.
Beliau yang seringkali ditemani oleh cucu beliau amat terpegun dengan perarakkan tersebut lebih-lebih lagi melihat aksi para peserta perarakan yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi serta melihat kenderaan yang bewarna warni.

Pesta Dewa 9 yang disambut kaum Cina pada hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalendar lunar Cina dan mengikut kepercayaan agama Buddha, semasa sambutan pesta ini, mereka harus patuh kepada pantang larang dalam perayaan ini iaitu selama 14 hari, tidak boleh makan daging, tidak boleh minum minuman beralkohol, tidak boleh berpakaian hitam, tidak boleh memakai barangan kulit, tidak boleh pergi ke tokong untuk sembahyang jika isteri mengandung atau ada kematian dan yang paling penting ialah kebersihan diri dengan memakai pakaian serba putih, ujar Ai Ling, 28, yang merupakan salah seorang penganut Buddha.

Perayaan dan perarakan Pesta Maharaja 9 memang sering ditunggu-tunggu bukan sahaja masyarakat cina bahkan masyarakat lain yang jelas mengambarkan perpaduan kaum dan memupuk sifat hormat menghormati sesama kaum yang lain, Ai Ling menambah lagi.

MRR

Tinggalkan komen anda