Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Teknologi Hijau Bakal Jana RM18 Billion Pendapatan Negara

By 6 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Liputan dan Foto oleh: Mohd. Anuar Ibrahim dan Saharuddin Othman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Malaysiaaktif) – “Malaysia bakal menjana pendapatan berasaskan Teknologi Hijau sehingga RM18 billion menjelang tahun 2020”.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berucap demikian semasa perasmian pelancaran Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Eco-Produk di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, “Perdana Menteri telah memulakan inisiatif pembangunan Teknologi Hijau seawal tahun 2009 dan beliau melihat Malaysia berada di landasan yang betul dalam menjadikan Teknologi Hijau sebagai antara penyumbang utama ekonomi negara menjelang tahun 2020”.

img-20161006-wa0015

Berikutan ledakan ekonomi berasaskan Teknologi Hijau masa kini di seluruh dunia, pameran kali ini berjaya menghimpunkan sebanyak 400 buah gerai daripada 30 buah negara yang mempamerkan pelbagai produk yang mesra alam.

Pameran anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) dan Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) yang berlangsung selama empat hari bermula 5 sehingga 8 Oktober bertempat di KLCC turut mempamerkan produk seperti pengangkutan, bangunan, tenaga dan pengurusan sisa pepejal yang kesemuanya berasaskan Teknologi Hijau.

Pameran ini dijangka akan menarik pelbagai pelaburan dalam dan luar negara dalam sektor tenaga berasaskan Teknologi Hijau.

img-20161006-wa0016

Datuk Seri Dr. Maximus turut melancarkan Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) yang merupakan salah satu program yang dijana Kerajaan dalam mempromosikan kenderaan mesra alam dalam kalangan belia.

Sebanyak enam buah universiti tempatan telah dipilih untuk menerima 50 buah basikal elektrik berkenaan.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

-DK

Tinggalkan komen anda