Oleh Mohd Baharruddin Mohamad
KUCHING, 9 Okt (Malaysiaaktif)– Penat dan lelah yang dialami oleh tiga beranak hilang tatkala hati masing-masing menjadi puas apabila memiliki kesihatan yang lebih baik.
“Walaupun sejauh 5 km, kami tiga beranak tetap menghabiskan larian kami untuk kepuasan diri,” demikian kata Aidawatie Mustapha, 30 semasa ditemui selepas larian Fun Run di Padang Merdeka, Kuching, pagi semalam.
“Tujuan saya menyertai acara ini adalah untuk menggalakkan anak saya agar mengamalkan gaya hidup sihat selain dapat bergaul dengan masyarakat lain yang turut serta dalam acara ini,” jelasnya.
“Anak saya Nazrin Ashman Rudy, 2, amat gembira sekali apabila ikut serta bersama orang ramai yang lain di samping dia juga nampak cergas. Nazrin juga tidak takut apabila nampak anak orang lain juga turut serta,” jelas Aidawatie.
Sementara itu, bagi Mohd Aniq Hakimim, 12 pula berkata dia ikut serta untuk mewakili Sekolah Rendah Encik Buyong, Perta Jaya, Kuching.
“Perasaan saya bangga walaupun saya tidak dapat tempat yang lebih baik namun saya berjaya menamatkan larian hari ini. Saya cuma dapat nombor 400 dalam larian ini dan menerima medal serta sijil penyertaan.
“Jika ada peluang pada tahun depan kami tiga beranak akan mewakili keluarga untuk menerima hadiah yang lebih lumayan,” kata anak Aidawatie ini.
Dalam acara Fun Run sejauh 5 km, Johan dimenangi oleh Amir Amri dari Sekolah Tunku Abdul Rahman Kuching dan Naib Johan dimenangi oleh Faris Abdul Mutalif dari Kampung Gita.
Menurut Amir, dia berlatih dalam larian sejak darjah tiga lagi dan hari ini dia sangat terharu kerana dapat mengalahkan seramai lapan ribu orang yang lain. Maka dengan itu tidak sia-sia lah latihannya selama ini.
Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah Touch Rugby. Sebanyak 16 pasukan terlibat dalam pertadingan ini seperti pasukan dari Unimas, Warrior Old Boy Rugby Club, Kuching Football Rugby Club dan lain-lain pasukan.
Dalam pada itu, ketua pasukan Kelab Rugby Warrior Old Boy, Abdul Sahaqir, sambutan kali ini sangat menggalakkan sehingga banyak permohonan ditolak kerana masa terlalu singkat untuk membuat perlawanan.
“Saya berharap permainan Touch Rugby ini diteruskan agar permainan ini menjadi tradisi dan budaya di Sarawak pada masa akan datang,” ujarnya.