Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Walkabout SPRM Dapat Sambutan Menggalakkan

By 9 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad
KUCHING, 9 Okt (Malaysiaaktif)-
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, turut serta dalam menjayakan Program Walkabout Merakyatkan SPRM sempena meraikan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak di Padang Merdeka di sini.

Program ini berlangsung selama empat hari bermula malam Khamis dan tamat semalam.

Menurut Ketua Media Elektronik, Samsul Haji Salip, antara tujuan yang sebenarnya adalah untuk mendekati kumpulan sasar SPRM iaitu golongan belia di universiti dan kolej di Sarawak untuk menjelaskan peranan dan kuasa SPRM agar belia dapat memahaminya pada masa akan datang.

“Dari segi sambutan yang diterima daripada belia di Sarawak sangat menggalakkan apabila mereka diberi taklimat serta penerangan tentang peranan dalam SPRM.

Bagi Pelajar Universiti Awam, Winnie Slyvester, 21, dia sangat menyokong sepenuhnya dan bersedia menjadi mata dan telinga SPRM.

“Program seperti ini perlu dijalankan sepanjang tahun agar lebih berkesan dan diterima oleh mana-mana penjawat awam atau sesiapa sahaja tentang buruk baiknya rasuah yang semakin menjadi-jadi sejak belakangan ini.

“Program seperti ini perlu dibuat di bahagian atau di negeri lain juga agar sama-sama dapat mengetahui peranan SPRM. Program ini sangat baik sekali kepada generasi muda sebelum melangkah ke alam pekerjaan atau sebagainya,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda