Skip to main content
Berita TempatanSabah

Demam Tak Halang Semangat Bersihkan Pantai Tanjung Lipat

By 27 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan oleh  Asmidar Zainol /  Foto: Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 27 Nov (Malaysiaktif) – Demam tidak menghalang Norfatiha Kiflee, 21, pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Sabah International Dynamic Management College (SIDMA) untuk turut serta dalam Program Khidmat Komuniti bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Norfatiha bersama rakan baiknya, Noridah Tempuling, 23, tiba di Anjung Selera Pantai Tanjung Lipat seawal 6.30 pagi Jumaat untuk menyertai program berkenaan.

Pembersihan pantai dilakukan secara beramai-ramai

Pembersihan pantai dilakukan secara beramai-ramai

 

“Walaupun saya demam, saya gagahkan diri untuk bersama rakan-rakan menyertai aktiviti ini.

“Hilang rasa demam apabila dapat berkumpul dengan rakan-rakan pagi ini.

“Kami juga bersenam beramai-ramai bersama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai sebelum aktiviti mengutip sampah dijalankan,” kata Norfatiha.

img_7396

 

Bagi Noridah pula, pengalaman menyertai aktiviti ini memberi satu prespektif baharu dan pengajaran kepadanya untuk tidak membuang sampah merata-rata.

“Banyak sampah daripada bekas makanan, botol air, lampin pakai buang bayi ditemui semasa membersihkan kawasan di persisiran pantai.

“Saya berharap orang ramai yang berkunjung ke Tanjung Lipat dan juga yang tinggal di pulau-pulau berdekatan dapat berkerjasama untuk tidak membuang sampah sesuka hati mereka.

“Sekiranya kita menjaga kebersihan taman ini, kita dapat sama-sama menikmati pemandangan dan bersenam dengan selesa di samping dapat menjamin kesihatan diri kita sendiri,” katanya.

img_7398

Pelajar SIDMA yang terlibat dalam Program Khidmat Komuniti bersama DBKK pada Jumaat.

 

Sementara itu, Yeo dalam ucapannya memaklumkan, aktiviti anjuran DBKK ?tersebut merupakan sebahagian daripada projek anak angkat oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK dalam usaha untuk meningkatkan imej dan identiti Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah banda raya bersih, hijau dan selesa untuk didiami.

Menurutnya, menerusi projek anak angkat itu juga, tumpuan diberikan kepada kebersihan di kawasan kedai, jalan-jalan utama, bulatan jalan, persimpangan jalan taman-taman awam dan sebagainya.

Seramai 271 peserta yang terdiri daripada para pelajar SIDMA College dan UNITAR International University menyertai separuh hari tersebut.

SF/AAS

Tinggalkan komen anda