Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sinergi PDRM & JPWPKL Perkukuh Sahsiah Pelajar Ibu Kota

By 2 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Azrul Hafiz (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 2 Julai (MalaysiaAktif)– Peluncuran program “PDRM dan Murid Berpisah Tiada” 2026 di SK La Salle 2, Jinjang, menjadi platform penting dalam mempamerkan sinergi positif antara sektor pendidikan dan pihak berkuasa demi membina generasi muda yang berdisiplin.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL), Megat Affandi Datuk Wira Ismail berkata pencapaian kawalan disiplin ini adalah hasil sokongan padu yang berterusan daripada semua pihak.

“Setiap murid amat berharga dan perlu dibimbing agar tidak tercicir daripada sistem pendidikan serta tidak terlibat dengan perkara yang boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya ketika berucap pada program berkenaan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Dato Fadil Marsus berkata bahawa kehadiran polis di sekolah bertujuan untuk mendidik dan mendekati pelajar secara positif, bukannya untuk menimbulkan rasa takut.

“Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membina sahsiah generasi muda dan menyemai disiplin demi melahirkan masyarakat yang harmoni serta masa depan negara yang lebih cemerlang,” ujar Fadil di akhir ucapannya.

Tinggalkan komen anda