Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Diabetes: Malaysia Catat Peratusan Tinggi Di Asia Tenggara

By 19 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 19 November (Malaysiaaktif) – Statistik pesakit Diabetes di Malaysia yang kian meningkat dari tahun ke tahun telah menyenaraikan Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan pesakit diabetes tertinggi di Asia Tenggara.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), bilangan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit Diabetes meningkat daripada 2.6 juta pada tahun 2014 kepada 3.5 juta pada tahun 2015, sekaligus telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penyakit kencing manis teramai.

Sehubungan itu, Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad, mengulangi apa yang dilabelkan dunia perubatan bahawa penyakit diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer).

“Jabatan Perubatan, Hospital Segamat dianggarkan menerima kehadiran pesakit yang menghidapi penyakit Diabetes Mellitus seramai lebih kurang 3,000 orang pada setiap tahun dan ini menunjukkan angka yang membimbangkan dalam kalangan penduduk daerah Segamat.

“Adalah mustahak untuk membuat temujanji dengan doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun agar ia dapat mengawal kadar glukosa di dalam darah bagi mencegah penyakit ini. Pencegahan lebih baik dari pengubatan,” ujarnya.

Mohd Haffiz berkata demikian ketika merasmikan Program Minggu Kesedaran Diabetes – Diabetes Night Run 2016 di sini, semalam.

diab2

Penyakit Diabetes Millitus atau Kencing Manis adalah penyakit kronik yang menyerang pesakit apabila paras gula (glukosa) dalam darah menjadi tinggi sehingga boleh merosakkan pembuluh darah, otak, buah pinggang, urat saraf, mata serta kaki pesakit.

Seramai 300 peserta yang terdiri daripada anggota hospital, jabatan kerajaan daerah Segamat dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai larian berjarak 5 km.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, Norshida Ibrahim.

– AH

Tinggalkan komen anda