Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViral

Tempat Letak Kereta, Restoran Tambah Prasarana Taman Botani

By 19 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh Parameswary Lekshmnan & Norlydiana Ishak

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Malaysiaaktif) – Penyediaan tempat letak kereta bertingkat dalam kawasan Taman Botani di sini antara inisiatif penambahbaikan presint tersebut oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi melengkapkan lagi prasarana, sebuah restoran turut dibina di tingkat atas bangunan tersebut sebagai antara tarikan nilai tambah.

Pada Khamis lepas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut memberi penghargaan kepada DBKL di atas usaha tersebut sempena perasmian restoran makanan laut “KL Seafood Market ” di Jalan Tanglin.

“Ini kali pertama pihak DBKL menyediakan kemudahan seumpama ini di tengah-tengah kawasan pelancongan,” ujar beliau.

Tempat letak kereta yang mampu memuatkan 450 buah kenderaan itu dibina menggunakan kaedah “Industrialised Building System atau IBS System.

Menurut Tengku Adnan, restoran seluas 7,000 kaki persegi yang menyediakan masakan stail Cina Malaysia itu diusahakan dengan pelaburan kira-kira RM2 juta dan mempunyai kapasiti lebih kurang 300 tetamu.

Turut hadir di majlis tersebut,Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda