Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Mahasiswa Perlu Jadi Pemimpin Berinformasi – Zainal

By 13 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Izzuddin Barahim & Nur Hassanah Abu Hassan (George Town)

GEORGE TOWN, 13 November (Malaysiaaktif) – Mahasiswa pada masa kini perlulah menjadi pemimpin pelajar yang berinformasi.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata demikian ketika menghadiri majlis perasmian perjumpaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

“Pemimpin pelajar perlu menjadi contoh dengan menangkis segala isu-isu, berita-berita yang tidak tahu kebenarannya serta jangan disebarluaskan. Sebaliknya berfikiran waras dan selidik terlebih dahulu.

“Lebihkan pembacaan berkaitan biografi pemimpin-pemimpin dalam negara dan dunia. Selain itu, pelbagaikan kemahiran berbahasa selain memperkasa bahasa kebangsaan,” tegas Zainal.

Pada majlis yang sama, seramai 26 mahasiswa USM tahun 1 sesi 2016/2017 menerima imbuhan sebanyak RM1000 setiap seorang melalui Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar USM kategori eKASIH.

whatsapp-image-2016-11-12-at-4-27-22-pm

Seorang penerima eKASIH, Tan Wei Mei, yang ditemui wartawan Malaysiaaktif memberitahu akan menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin, di samping menjadi pendorong untuk menggenggam segulung ijazah.

Pejabat Kemajuan Negeri Pulau Pinang diperuntukkan dana RM 1 billion oleh Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan program-program dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat.

– AH

Tinggalkan komen anda