Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

RM100 Ribu Untuk Pembangunan SKTB

By 13 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Norhayani Hashim (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 13 November (Malaysiaaktif) – “Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan sekolah-sekolah di negara ini berada dalam keadaan yang baik.”

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian ketika merasmikan Ulangtahun ke 70 Sekolah Kebangsaan To’ Bedor (SKTB) di sini, semalam.

Reezal yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM 100 ribu untuk pembangunan peralatan sekolah dan memperbesarkan dewan terbuka di SKTB untuk keselesaan para pelajar dan guru-guru serta warga sekolah secara keseluruhannya.

whatsapp-image-2016-11-12-at-9-24-28-pm

Menurut Guru Besar SKTB, Jamaliah Karim, sekolah berkenaan telah dibina pada tahun 1946 dan kini telah menjangkau 70 tahun.

“Prasarana yang terdapat di sekolah ini perlu ditambah baik agar para pelajar di sini dapat terus menimba pelajaran di sini dalam suasana yang kondusif,” katanya.

Tambah Jamaliah, dia berharap kecemerlangan dalam pencapaian akademik dan kokurikulum SKTB dapat dipertingkatkan dengan adanya bantuan tersebut.

Pihak sekolah turut menerima sumbangan kewangan sebanyak RM5000 dari sembilan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Keselamatan Persekutuan (JKKP) iaitu JKKKP Kampung Tersusun, Pokok Jenerih, Kubang Menerong, Kubang Menerong, Kampung Tasek, Putra Bertam, Seri Menerong, Kampung Tok Bedu dan Air Melintas Besar.

Pada majlis yang sama, SKTB telah diumumkan sebagai sekolah angkat kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Profesor Madya Dr. Hj. Mohd Fozi Ali.

– AH

Tinggalkan komen anda