Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

Pelajar Didedahkan Akademik Luar Melalui Mobiliti Global

By 25 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 November (Malaysiaaktif) – Para pelajar akan diberi kesempatan menghayati budaya universiti luar negara melalui Program Mobiliti Global yang berkonsepkan Mobiliti Jukebox.

Program tersebut merangkumi Pertukaran Pelajar, Ijazah Program Bersama, Penyeliaan Secara Latihan, Latihan Industri dan Praktikal dan Penyelidikan dan Latihan Makmal.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, proses pembelajaran merentasi sempadan ini akan dilaksanakan pada September 2017 melalui kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan lima universiti luar negara, iaitu Universiti Tsukuba Jepun, Taiwan National University, University Bordeaux Perancis, Sao Paolo Universiti dan University of California Irvine Amerika Syarikat.

whatsapp-image-2016-11-24-at-8-41-11-pm

Idris mengumumkan ini semalam semasa pelancaran program tersebut di Kampus UTM Kuala Lumpur semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Dekan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia Jepun (MJIIT), Profesor Dr Datin Rubiyah Yusof berkata, pelajar UTM boleh memilih pengajian bersesuaian di universiti luar negara tanpa memerlukan pemindahan kredit.

“Pelajar berpeluang mengikuti  pengajian di universiti berkenaan antara enam bulan hingga setahun dan perlu mengambil jumlah subjek tidak kurang daripada 10 jam,” jelasnya.

whatsapp-image-2016-11-24-at-8-41-01-pm

Pada majlis yang sama, turut diadakan program ‘Pembelajaran Kampus di dalam Kampus’ oleh profesor yang dilantik Khas oleh Universiti Tsukuba Jepun, Profesor Dr Teruo Higashi dan sesi televideo antara UTM Kuala Lumpur, Universiti Tokyo Jepun dan Institut Teknologi Shibaura Jepun.

Turut hadir, Naib Canselor UTM,  Datuk Ir Wahid Omar dan Timbalan Naib Canselor UTM,  Prof Dr Rose Alinda Alias.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dilayari melalui laman web MJIIT iaitu http://mjiit.utm.my.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda