Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Sikap Pemilik Tanah Penyebab Tanah Runtuh Di Teluk Bahang

By 25 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Ahmad Faiz Mansur, Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria 

PULAU PINANG, 25 November (Malaysiaaktif) – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik tanah di kawasan Jalan Teluk Bahang menghala ke Balik Pulau menyebabkan kawasan tersebut diancam risiko tanah runtuh.

Tinjauan Malaysiaaktif di lokasi kejadian yang terletak berhampiran Penang Tropical Fruit Farm itu, mendapati tiga lokasi tanah runtuh.

whatsapp-image-2016-11-24-at-4-43-15-pm

Antara tiga lokasi tanah runtuh yang dicetuskan ketidakprihatinan manusia.

 

Jurutera Awam Bahagian Fasiliti Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Barat Daya, Faizul Ashraf Zulkifli yang ditemui wartawan Malaysiaaktif semalam memberitahu pihaknya telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja pembaikan di dua kawasan runtuhan pada bahu jalan berkenaan.

Namun begitu, menurut Faizul pihak JKR tidak dapat mengambil sebarang tindakan di satu lagi kawasan runtuhan yang merupakan tanah milik persendirian.

whatsapp-image-2016-11-24-at-4-43-13-pm

Antara pokok yang dipercayai diracun di Jalan Teluk Bahang menghala ke Balik Pulau.

 

Beliau berkata pemilik tanah taman itu didapati bertindak menebang pokok serta menambun tanah di kawasan lereng bukit untuk dijadikan tempat meletak kenderaan pengunjung.

Selain itu, pemilik tanah juga dipercayai meracun pokok secara meluas berdasarkan lambakan batang pokok bersaiz besar yang mati.

whatsapp-image-2016-11-24-at-4-43-16-pm

Antara kerja pembaikan di sepanjang Jalan Teluk Bahang.

 

Sementara itu, menurut Faizul pihak JKR akan memberi amaran kepada pemilik tanah terbabit supaya menghentikan tindakan meracun pokok yang dikhuatiri akan menjejaskan struktur tanah di kawasan berkenaan.

Pihak JKR kini giat menjalankan pemantauan terhadap kawasan cerun di laluan tersebut bagi memastikan keadaan selamat kepada pengguna jalan raya.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda