Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pembantu Pemandu Cabaran Borneo Safari Luah Pengalaman Berharga

By 15 November 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Yahya Abdul Rajak, Asmidar Zainol & Peter Voo (Sabah)

KOTA KINABALU, 15 Nov (Malaysiaktif) – Bertugas sebagai ‘Pembantu Pemandu’ kepada Pasukan Recovery pada Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 edisi ke-26 di Sabah memberi peluang tidak ternilai kepada peserta yang julung kali menyertainya.

Menurut Pembantu Pemandu Recovery Team, Peter Voo Su Kiong berkata kali pertama dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan serta menyelamatkan kenderaan sepanjang pertandingan ini terlalu mencabar serta tidak ternilai terutamanya apabila ini penyertaan pertamanya.

img_7056

“Cabaran Borneo Safari (BS) yang berlangsung selama lapan hari bermula pada 31 Oktober dengan jarak perjalanan hampir 500km members memori berharga untuk memahami kehidupan bergabung dengan alam.

Tambahnya, BS tentunya memberi cabaran yang sukar dilupakan kepada mereka yang jarang membuat aktiviti luar, ini kerana konvoi akan bermalam di mana-mana sahaja.

“Kesukaran mendapatkan air bersih merupakan sebahagian daripada cabaran utama.

img_7057
“Ini terbukti apabila terdapat beberapa pasukan yang tidak mandi selama beberapa hari terutama di kawasan yang perlu menjimatkan air bagi tujuan memasak dan minum.

“Bagi saya BS memberikan satu pengalaman istimewa dan tersendiri, semangat setiakawan, kerjasama, tolong-menolong tanpa berkira merupakan konsep utama mengharungi cabaran ini, jika konsep ini tidak diamalkan maka kita bakal menghadapi masalah besar.

img_7060
“Program ini turut memberi peluang berkenalan dengan rakan baharu sambil berkongsi pengalaman dalam sukan lasak menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD)”, jelasnya lagi ketika dihubungi Malaysiaaktif pada Ahad.

Menceritakan pengalaman bersama pasukan Recovery banyak pengetahuan tidak ternilai dapat di pelajari dalam bidang (4WD), antaranya cara-cara menggunakan peralatan untuk mengeluarkan kenderaan yang tersadai dalam lumpur.

img_7058

“Teknik penggunaan isyarat tangan untuk berkomunikasi serta kemahiran dalam memandu kenderaan ketika tersekat dan mengendalikan kenderaan pada permukaan jalan yang licin dan berlumpur.

Ujarnya, semua teknik ini sukar diperoleh dan kemahiran ini pasti memberi keinginan untuk dipraktikan semula jika penganjuran berkenaan diadakan pada tahun hadapan.

Seramai 914 peserta, 347 kenderaan dari tujuh negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Japan, Potugal dan China terlibat untuk cabaran tahun ini.

Pengembaraan sejauh 500km ini merentasi daerah Tuaran, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kota Kinabalu serta turut memberi khidmat komuniti bantuan perubatan dan sumbangan kepada penduduk kampung di Kg. Tibabar dan Kg. Garung di daerah Ranau.

img_7055

Pada pertandingan tersebut Kelab Pacuan Empat Roda Tenom meraih johan keseluruhan Cabaran BS Antarabangsa 26.

Kelab yang diwakili oleh Liew Fui Kong, 38 dan Agustinus Ara Kopong, 28 itu berjaya menewaskan 15 pasukan lain dalam acara ‘Special Stage’ menghabiskan 18 hentian keseluruhannya.

Turut menerima anugerah, Track Official Group yang memenangi Anugerah Borneo Safari Team Spirit dan Reza Bakri dengan anugerah Borneo Safari Jungle Man.

Manakala, Borneo Safari Jungle Woman Award dimenangi Ding Shu Bir dan Anugerah Borneo Safari Environment diraih Hitashi Urabe.

Bagi Anugerah Borneo Safari Foul Up of The Year pula diperoleh Pang Lin Kok, Anugerah Borneo Safari Vehicle Of The Year oleh Isuzu MU-X Monster dan Borneo Safari Furthest Overlander Of The Year dibawa pulang oleh Kumpulan Kalimatan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

SF

Tinggalkan komen anda