Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Penyeludupan Palma Punca Kumbang Merah Merebak

By 16 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Malini Md Yunos

 

PORT DICKSON, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Penyeludupan pokok palma seperti kurma ke  Malaysia tanpa kuarantin menjadi punca merebaknya Kumbang Merah Palma atau “Red Palm Weevil” (RPW) di negara ini. Demikian dimaklumkan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan, Mustafa Omar dalam Kempen Kesedaran Mencegah Kumbang Merah Palma (RPW) di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang hari ini.

Menurut Mustafa, RPW ialah sejenis perosak tanaman baru yang berbahaya telah dikesan di bahagian utara dan pantai timur semenanjung antaranya Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dia berkata, kemasukan perosak eksotik dalam negara samada secara sengaja atau tidak sengaja perlu diteliti dan diambil serius supaya tanaman negara tidak musnah akibat serangan perosak berbahaya.

Sebanyak 34  perangkap telah dipasang di seluruh Negeri Sembilan namun tiada RPW  berbahaya ditemui setakat ini di Negeri Sembilan Justeru Jabatan Pertanian mengambil langkah kawalan mencegah serangan RPW dengan mengadakan kempen seperti ini, ujarnya lagi.

Kumbang ini adalah perosak tanaman berbahaya yang boleh memusnahkan pokok palma seperti kelapa dan kelapa sawit. Ia juga sering dijumpai pada tanaman palma lain seperti salak, sagu, kurma dan pokok – pokok hiasan jenis palma, katanya lagi.

Ia tergolong dalam keluarga order coleopetra dipercayai berasal dari Asia  dan sekarang ini dilaporkan  menyerang tanaman di Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara.

Mustafa berkata, sekiranya tidak di kawal segera, perosak tanaman palma ini, ia boleh menyebabkan kemusnahan hasil yang tinggi serta memerlukan kos kawalan yang besar bagi menghapuskannya.

Kempen yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Haji Hashim Rusdi ini lebih tertumpu kepada penerangan mengenai kaedah kawalan pembendungan dan penghapusan RPW ini.

– MRR

Tinggalkan komen anda