Skip to main content
Berita TempatanSabah

Karnival Bantu Belia Senagang Lebih Aktif

By 15 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hendry Nurdin (Sabah)
KENINGAU, 15 Nov (Malaysiaktif) – “Karnival Mukim Senagang dengan melibatkan beberapa buah kampung dilihat dapat membantu para belia di pedalaman Senagang bergiat aktif dalam aktiviti sosial.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Sairin Karno berkata demikian merasmikan karnival berkenaan pada Sabtu.

Tambahnya, belia ialah generasi pelapis yang perlu diberi peluang untuk melakukan aktiviti berfaedah terutama belia yang jauh dari luar bandar.

“Belia kini kurang terlibat program luar dan lebih berminat dengan aktiviti melibatkan media sosial. Ini menjadikan mereka mudah terjebak dengan gejala tidak sihat,” katanya.

img_7052

Sementara itu, menurut belia Senagang, Yohanes Agin, 18, belia di mukim ini menyambut baik penganjuran karnival ini kerana dapat menjalin ikatan persaudaraan sesama masyarakat.

“Sememangnya kami amat perlukan aktiviti kemasyarakatan sebegini bagi mengeratkan perhubungan sambil dapat berbakti kepada masyarakat.

“Diharap program sebegini dapat diadakan lebih kerap bagi mengelakkan belia mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak sihat melalui media sosial yang menyebabkan belia jauh daripada jiwa yang sayang akan diri dan keluarga,” tambahnya.

Antara 300 belia yang turun padang

Antara 300 belia yang turun padang

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Belia Keningau, Rafie Robert berharap lebih banyak program untuk belia dilaksanakan di Senagang bagi membantu pembangunan belia di mukim ini.

“Karnival dua hari yang diisi dengan pelbagai program seperti dialog, pertandingan mewarna, sukan rakyat dan gotong-royong banyak memberikan impak positif kepada pembangunan minda dan mengeratkan masyarakat di kawasan ini,” jelasnya.

Penganjuran Karnival Mukim Senagang yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu berjaya menarik lebih 300 belia di mukim berkenaan.

SF

?

Tinggalkan komen anda