Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Perkhemahan Kenalpasti Potensi Diri Pelajar Pendidikan Khas

By 23 November 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Fauzrina Hj Bulka

 JASIN, 23 Nov (Malaysiaaktif) —Tempoh tiga bulan merancang aktiviti bersama jawatan kuasa pembangunan untuk menganjurkan Perkhemahan Pengakap Istimewa Zon Merlimau akhirnya berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 November lalu.

Perkhemahan yang melibatkan 64 orang ahli pengakap istimewa daripada 14 buah sekolah itu dikelolakan oleh di bawah Program Pendidikan Khas dan dijalankan di Kem Kokurikulum, Lanchang disini.

Pengerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Zon Merlimau, Mohd Zaidi Isa berkata program bagi kanak-kanak kurang upaya atau pendidikan khas ini dibuat supaya dapat membantu pelajar dalam semua aspek, selaras dengan falsafah pendidikan, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).

10fa56e9-e792-4761-aeca-305675d8a5d1

“Perkhemahan adalah penting untuk mereka dan program sebegini harus dijalankan dengan konsep lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar disamping dapat menambahkan pengetahuan dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baharu yang belum pernah mereka kenali sebelum ini,”katanya.

Tambahnya, peserta yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah ini sangat berminat melaksanakan aktiviti luar bilik darjah dan dalam perkhemahan ini mereka menjalankan aktiviti ikatan dan simpulan, masakan rimba, berbasikal, wall climbing dan juga  malam kebudayaan.

“Aktiviti perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan,”kata Zaidi kepada Malaysiaaktif.

738b9d7e-a6fa-45f8-83ea-9a21cb5e9eca

Jelasnya, aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkenaan mempunyai potensi diri yang elok dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri dan sebaliknya mampu bersosial dengan lebih baik.

“Waktu melaksanakan wall climbing (Memanjat dinding), ada peserta yang takut untuk melakukannya,  tapi dengan pujukan dan nasihat daripada juralatih, akhirnya mereka dapat lakukan,”ujarnya.

“Semasa aktiviti masakan rimba, peserta perlu memasak telur dalam kentang, masak air menggunakan botol mineral dan masak kuih ‘cekodok’ dan rasa seronok sebab mereka ajak pelatih makan bersama dan ada juga yang minta disuap oleh jurulatih,” kata Zaidi berkongsi pengalaman.

b13f0d76-a460-4426-b4ae-b50a80fa07ea

Menurutnya, turut tidak dilupakan semasa sesi berbasikal dan wall climbing, pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan di mana kumpulan berbasikal perlu meredah laluan sepanjang 2.5 kilometer.

“Ada seorang peserta autism tidak dapat menjalankan aktiviti disebabkan saiz basikal yang besar dan beliau tetap berkeras untuk menyertai kami walau diberi pilihan untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Kami pujuk dengan membonceng peserta tersebut hingga membuatkan dia senyum sehingga majlis penutup, dan dia juga berulang-ulang jumpa juralatih itu untuk ucap terima kasih,”kata Zaidi.

1f0a6e60-ea41-47ee-a159-b7afc4686df4

Menurutnya, selain memberikan pengalaman baharu dalam proses pembelajaran pada peserta, jurulatih juga mengambil peluang mempraktikkan ilmu yang diperoleh semasa kursus manikkayu yang dianjurkan bersama pengakap Melaka dan program pembangunan pendidikan khas Zon Merlimau.

“Kami mengubahsuai teknik pengajaran untuk murid pendidikan khas supaya mereka mudah faham akan teknik serta tujuan sesuatu aktiviti dilaksanakan,” jelasnya.

0a94258d-0fe1-4972-9f08-8d23611dff37

Manikkayu merupakan satu kursus khas bagi seorang guru untuk memimpin pasukan dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.

“Bagi aktiviti outdoor (luar) seperti ini, murid normal mampu melaksanakan tugasan yang diberikan dengan cemerlang tanpa memerlukan bantuan daripada guru. Ini kerana mereka mampu berfikir di luar kotak, berbeza dengan pelajar istimewa yang mempunyai  pergerakan terhad dan memerlukan bantuan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya,” katanya.

Menurut Zabidi, itu sebab dalam sistem pendidikan khas seorang guru mampu menangai sembilan orang murid dalam satu-satu masa berbanding seorang guru di aliran perdana yang  mampu menangani 30 hingga 40 orang pelajar.

“Harapan saya supaya murid pendidikan khas ini dapat bersama-sama dalam melaksanakan apa jua aktiviti dan masyarakat juga tidak memandang remeh serta diberikan peluang untuk mereka menununjukkan bakat,”katanya.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda