Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Inisiatif Tawaran Kerja Dan Biasiswa Untuk Pelarian Rohingya

By 23 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Foto: fpif.org

 

Laporan/ Foto oleh Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING JAYA, 23 November (Malaysiaaktif) — Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya di negara ini.

Bagaimana pun, terdapat kekangan kerana peluang pekerjaan terhad hanya kepada sektor-sektor tertentu.

Dalam menyatakan hasrat ini, Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini.

1d7dbcfb-7df0-4faf-9085-7be7e07aab97

“Kekangan kerana peluang pekerjaan terhad hanya kepada sektor-sektor tertentu” – Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

 

Kenyataan tersebut merujuk kepada usaha kerajaan untuk melaksanakan projek perintis bagi membolehkan kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) bekerja dalam sektor tertentu di Malaysia.

“Peluang dan sektor yang dipertimbangkan adalah terhad kerana dalam masa yang sama, kerajaan ingin memastikan rakyat Malaysia didahulukan dalam mendapatkan peluang pekerjaan di negara ini sebelum peluang diberikan kepada bukan warganegara Malaysia,” Ahmad Faizal, selepas berucap dalam siri Siri Syarahan Sultan Nazrin Shah Kali Ke-4 2016 yang di Universiti Sunway di sini hari ini yang turut dihadiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

d2eafe80-9b34-40fb-ad0f-6062dfb410d7

Siri Syarahan Sultan Nazrin Shah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kemanusiaan

 

Siri Syarahan Sultan Nazrin Shah yang diadakan setiap tahun sejak 2012 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kemanusiaan, termasuk berhubung  penindasan dan kekejaman yang berlaku di serata dunia.

Tahun ini, dengan bertemakan ‘Migrasi, Perpindahan dan Tempoh Krisis Kemanusiaan’, siri syarahan ini menumpu kepada isu kemanusiaan, perpindahan secara paksa, pelarian dan migrasi.

Program anjuran MERCY Malaysia dengan kerjasama Universiti Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah ini turut menampilkan ahli panel antarabangsa, termasuk Ketua Pengarah International Organization for Migration (IOM), William Lacy Swing, Pengarah Eksekutif International Council of Voluntary Agencies (ICVA), Nan Buzard dan Pengarah Serantau ICVA, Dr. Maria Nenette A.Motus, M.D.

8b1195a0-730a-493c-bc5d-35ec4e26a076

Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 100,000 kepada MERCY Malaysia.

 

Dalam majlis hari ini Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM 100,000 kepada MERCY Malaysia bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan di dalam dan luar Negara.

Sementara itu, Kumpulan Pendidikan Sunway melalui Pengarah Eksekutif Kanan, Dr. Elizabeth Lee memberitahu bahawa Kumpulan Sunway akan mempertimbangkan untuk menawarkan biasiswa pendidikan kepada beberapa pelarian Rohingya, sepertimana yang pernah diberikan kepada lima orang warga Nepal sebelum ini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda