Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Mesin Pengimejan Payu Dara 3D Kesan Kanser Lebih Tepat

By 23 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya) 

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini menyediakan perkhidmatan khusus dalam rawatan kanser payu dara menggunakan alat pengimejan payu dara tiga dimensi (3D) pertama di negara.

Menurut pakar perunding Radiologi HKL, Dr.Shantini Arasaratnam, mesin tersebut mampu mengesan kanser payu dara 30% lebih tepat.

Mesin tersebut mampu mengesan kanser payu dara 30% lebih tepat.

Mesin #D ini mampu mengesan kanser payu dara 30% lebih tepat.

 

“Teknologi 3D digital terkini yang digunapakai dalam mesin 3D ini mampu mampu memberi imej yang lebih jelas dan tepat. Perkara ini amat membantu proses rawatan kanser payu dara berbanding penggunaan mesin mammogram 2 dimensi (2D) sebelum ini.

“Kemudahan ini, dengan kos sebanyak RM 3.5 juta dijangka akan dinikmati oleh lebih daripada 3,000 pesakit kanser payu dara negara,” jelasnya lagi.

Sementara itu menurut Pakar Bedah dari Jabatan Pembedahan Am HKL, Dr. Nor Azham Hakim Darail, pelbagai insitiatif telah dan sedang diambil bagi merawat serta membantu pesakit kanser payu dara di negara.

“Pada tahun ini kempen berhubung kanser payu dara ini telah dijalankan dalam skala yang lebih besar, menjuruskan kepada masyarakat umum secara amnya.

“Pelbagai siri ceramah, sesi meraikan mereka yang berjaya dalam rawatan kanser payu dara serta mewujudkan kumpulan sokongan bagi terus membantu pesakit kanser payu dara telah menjadi agenda kempen tahun ini,” ujarnya lagi.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda