Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Tiada Thalasemia Menjelang 2040 – Subramaniam

By 14 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 13 November (Malaysiaaktif) – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berharap tiada lagi penghidap penyakit thalasemia menjelang 2040 di Malaysia.

“Bermula pada tahun ini, dengan saringan telah dilakukan terhadap lebih daripada 70,700 orang murid di tingkatan 4 dengan 8,600 orang dikesan sebagai pembawa,” katanya.

Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah menjalankan program pencegahan awal dan pemeriksaan tahap kesihatan bagi memastikan setiap murid bebas daripada penyakit.

Tambah Subramaniam, kerajaan telah melabur berjuta ringgit dalam program pencegahan melalui rangkaian hospital, klinik kesihatan dan klinik desa yang memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja.

“Tiada bayaran dikenakan bagi pencegahan penyakit, bermula dari ibu mengandung sehingga ke kelahiran bayi dan seterusnya hingga dewasa.

“Dengan adanya saringan dan program pencegahan ini, ia untuk mengenal pasti pembawa thalasemia agar mereka tidak berkahwin dengan pembawa thalasemia yang lain yang mana zuriat mereka akan berisiko menghidap thalasemia penuh,” jelasnya lagi.

thala2

Subramaniam berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Saringan Thalasemia Murid Tingkatan 4 Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jementah di sini, semalam.

Thalasemia merupakan penyakit darah yang boleh menyebabkan penghidap menghadapi permasalahan kesihatan dalam jangka masa yang panjang, di samping memberi kesan kepada pencapaian pendidikan penghidap ekoran kekurangan oksigen disebabkan oleh anemia.

– AH

Tinggalkan komen anda