Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Warga Emas Di Tampin Sambut Baik Bajet 2017

By 25 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sapar Sutir

TAMPIN, 24 Nov ( Malaysiaaktif ) – Cadangan kerajaan dalam Bajet 2017 untuk memberi bantuan am sehingga RM300 sebulan kepada keluarga miskin, sehingga RM450 sebulan kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin dan bantuan sosio ekonomi warga emas RM300 sebulan mampu mengurangkan keluarga miskin.

Rata-rata ini disuarakan mereka yang diminta memberi pendapat semasa Taklimat Bajet 2017 yang dihadiri kira-kira 700 orang di Dewan Perdana Tampin hari ini.

Senada dengan yang lain, ketua Parti Progresif Penduduk (PPP) Cawangan Sungai Gemas, Balakrisnan Munisamy, 63,  turut menyambut baik program yang diadakan untuk memberi gambaran sebenar tentang kandungan Bajet 2017 demi kebaikkan rakyat.

Beliau berkata rancangan kerajaan untuk memasang 97,000 buah lampu jalan dan 3,000 lampu jenis LED di 7,500 kampung di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM100 juta akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Bagaimanapun, Balakrisnan berharap projek tersebut dilaksanakan segera.

Seorang penduduk bandar Tampin, Chong Yew, 53, pula berkata taklimat sebegini memudahkan masyarakat memahami faedah yang diperoleh daripada Bajet 2017.

Yew gembira kerana kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), termasuk ketua di kampong-kampong baharu serta orang asli daripada RM800 kepada RM 900 setimpal dengan tanggungjawap yang diamanahkan kepada mereka.

Sesi takliimat Bajet 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda