Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSelangorViral

RMR1M Sasar Bantu 10,000 Rakyat Tiada Rumah

By 25 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh B.Tanggamal  A/p Balasundram

KUALA LANGAT, 25 Nov — Syarikat perumahan Negara Berhad (SPNB) petang tadi mengadakan majlis pelancaran RMR1M: 10000 Hasrat Satu Impian bersama pemilik dan pemohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) di Sekolah Kebangsaan Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini.

Majlis disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Semasa sidang media yang diadakan Najib berkata Program RMR1M ini telah merealisasikan 10,000 rakyat daripada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah yang usang, tetapi mempunyai tanah untuk dibina rumah sendiri dalam masa tiga hingga enam bulan.

06b38468-186f-4c55-8790-d4b373fee99b

Najib turut menyampaikan kepada seorang pelajar cemerlang UPSR SK RTB Bukit Changgang, adik Naqiatul Zulaika binti Tajul Faizal.

 

Beliau berkata di bawah program tersebut SPNB menawarkan bantuan kepada pemohon yang berjaya melalui subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 seunit serta subsidi ke atas kadar faedah pinjaman sebanyak dua peratus. Ia juga memberi peluang perniagaan kepada lebih 3,000 kontraktor kelas G1 hingga G4 dan lebih 150 firma guaman Bumiputera di seluruh negara.

Sempena kehadiran beliau di sini, Najib sempat beramah mesra dengan penduduk setempat dan menziarah rumah dua orang pemohon.

Pemilik rumah pertama yang dimiliki oleh Shari bin Mohd Sharif merupakan seorang penternak dan berpendapatan seisi rumah sebanyak RM1900 sebulan, manakala pemilik rumah kedua, Haizum Binti Mohd Rudin seorang Pembantu Tadbir Sekolah berpendapatan seisi rumah sebanyak RM2,822 telah melayakkan mereka menerima bantuan di bawah program berkenaan.

Pada majlis hari ini Najib menyampaikan sijil kelayakan subsidi kepada seramai 10 orang pemohon yang layak dan hadiah kepada satu-satunya pelajar SK RTB Bukit Changgang, adik Naqiatul Zulaika binti Tajul Faizal yang mendapat 6A dalam UPSR 2016.

SPNB sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek  yang dilaksanakan syarikat tersebut, termasuk Rumah Mesra Rakyat dan RMR1M.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda