Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Perkakasan Sekolah Baharu Ceriakan Pelajar

By 13 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: S. Shanmuganathan & Salawati Mat Shariff / Foto oleh: Ariza Mohamed Zaki

GEORGE TOWN, 11 Disember (Malaysiaaktif) – Setiap kali menjelang musim persekolahan, timbul keluh kesah dalam kalangan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Bagi seorang ibu, M. Muniamma, 40, dia bersyukur kerana menerima dua helai baju sekolah baharu untuk anaknya memulakan persekolahan pada tahun hadapan.

Muniamma yang merupakan salah seorang penerima program bantuan sekolah anjuran Komuniti 1Malaysia Komtar dan Komuniti 1Malaysia Padang Kota berkata program ini telah mengurangkan sedikit beban keluarganya.

whatsapp-image-2016-12-10-at-8-23-01-pm

Sebanyak 200 helai baju sekolah telah diedarkan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, di sini semalam.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia Komtar, Tan Hing Teik, bantuan seperti ini akan sentiasa diteruskan khususnya membantu keluarga yang memerlukan kerana merupakan aktiviti kemasyarakatan Komuniti 1Malaysia yang tidak mengira fahaman politik dan bangsa.

Dalam pada itu, kunjungan penerima Kembara Jalinan Kasih ke Kompleks Perniagaan Datuk Kailan, Kepala Batas semalam telah menggamatkan suasana sekitar.

whatsapp-image-2016-12-10-at-8-16-52-am-1

Seramai 40 peserta termasuk waris menebus baucer bernilai RM60 untuk membeli kelengkapan sekolah sumbangan Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Majlis Muafakat Komuniti 1Malaysia Daerah Seberang Perai Utara, Roslan Darus, yang ditemui wartawan Malaysiaaktif berharap program seperti ini dapat dikekalkan sebagai aktiviti tahunan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia.

– AH

Tinggalkan komen anda