Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

2000 Naskah Surat Khabar Diedarkan Secara Percuma

By 3 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2000 naskah surat khabar Berita Harian diedarkan secara percuma kepada para hadirin di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di bawah inisiatif ‘Sahabat KPDNKK (‘Friends Of KPDNKK’).

Kad keahlian diedarkan secara percuma kepada ahli yang mendaftar

Kad keahlian diedarkan secara percuma kepada ahli yang mendaftar

 

Pegawai bertugas di pameran ‘Friends Of KPDNKK’ , Siti Nurul Huda berkata selain mengedarkan surat khabar secara percuma, mereka juga menawarkan pelbagai khidmat nasihat, maklumat dan infomasi kepada para pengunjung.

Tambahnya lagi, sebanyak tujuh agensi di bawah KPDNKK menawarkan perhidmatan kaunter pameran mereka di sini sempena perhimpunan UMNO 2016 yang sedang berlangsung sekarang.

Antara agensi yang terlibat termasuk, Bank Rakyat Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan menawarkan khidmat nasihat, dan untuk menjawab sebarang kemusykilan orang ramai.

Pada masa yang sama pelbagai risalah dan maklumat berhubung hak-hak kepengunaan, cara-cara membuat aduan menerusi aplikasi Ez-Adu, cara mendaftar syarikat dan banyak lagi turut diedarkan kepada para pengunjung.

Pendaftaran Ahli Skuad Friends OF KDPNKK turut dijalankan dalam usaha menjadikan ahli skuad sebagai mata dan telinga KPDNKK melalui pemantauan berhubung hal-hal kepengunaan serta aduan salah laku peniaga.

Menurut Nooraini Ibrahim dari Setiu, Terengganu kad keahlian Skuad Friends OF KDPNKK ini berguna kepada pengguna kerana ia dapat menjimat perbelanjaannya.

Bagi Rahimah Selamat dari Setapak, Kuala Lumpur ia merupakan peluang untuk mempelajari beberapa perkara berkaitan hak kepenggunaan.

Setiap ahli Skuad ‘Friends of KDPNKK’ yang berdaftar akan menerima kad keahlian secara percuma serta-merta. Kad ini membolehkan mereka mendapat sehingga 10% diskaun di lebih 80 peniaga di seluruh negara, termasuk pasaraya MYDIN

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda