Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

500 Warga Emas, OKU Terima Bantuan Tahun Baru Cina

By 23 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Ramasamy Amas & Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik serta kaya dengan kepelbagaian.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, seramai 500 warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, di sini semalam.

Menurut Mohd Isa, merayakan hari kebesaran mengikut cara kebudayaan masing-masing sudah menjadi tradisi di mana masyarakat Melayu merayakan Hari Raya Puasa, Masyarakat India merayakan Hari Deepavali dan Masyarakat Cina merayakan Tahun Baru Cina mengikut adat resam dan kepercayaan masing-masing.

Jelasnya, sebagai ahli parlimen adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu orang yang memerlukan bantuan apabila tiba hari kebesaran agar mereka dapat meraikan perayaan masing-masing.

Majlis-majlis seperti ini juga dikatakan dapat mengeratkan hubungan perpaduan dan keharmonian antara satu–sama lain kerana perpaduan adalah tonggak kepada pembangunan negara.

20170121_123633

Mohd Isa berkata, Perlembagaan negara adalah jelas dan tidak timbul sebarang keraguan dan permasalahan antara kaum, melainkan kaum tersebut yang menimbulkan masalah perpaduan.

Sementara itu, seorang penerima bantuan OKU yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Liow Choi Yang, 60, mengucapkan terima kasihnya kepada pengatur majlis kerana telah mengambil inisiatif untuk membantu orang-orang sepertinya mendapat sumbangan hari raya.

– AH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda