Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

SEED & SEDIC Bantu Masyarakat India – Najib

By 23 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Malini Md Yunos (Port Dickson)

PORT DICKSON, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Kira-kira 2,000 belia tamil dari seluruh negara menghadiri Sambutan 60 Tahun Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (KBBT), di sini semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menasihati belia tamil supaya melakukan gejala anti sosial dengan menjalankan aktiviti sukan, berkecimpung dengan dunia digital dan e-commerce, di samping merebut semua peluang dalam usaha bergerak maju seiring dunia globalisasi.

Tambahnya, pembangunan masyarakat India terutamanya belia harus kekal berpaksikan kepada cinta akan budaya, kesenian dan bahasa tamil kerana ia membentuk jati diri serta menyemai sikap sayangkan adat resam dan negara.

“Jurang kaum India dalam pencapaian sosio ekonomi kian ketinggalan namun sumbangan masyarakat India amat besar dalam pembangunan dan kejayaan negara.

“Kerajaan kita mengamalkan dasar bersifat inklusif dan adil. Disebabkan itu kerajaan mewujudkan Unit Khas Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan Sekretariat Khas Untuk Memperkasa Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Jelas Najib, SEDIC & SEED berperanan untuk menyediakan peluang dan inisiatif khas bagi pembangunan sosio ekonomi masyarakat India menggunakan dana khas kerajaan.

“Kerajaan melalui SEDIC dan SEED telah membelanjakan ratusan juta kepada masyarakat India melalui bantuan berbentuk pinjaman mikro daripada TEKUN, Amanah Ikhthiar Malaysia (AIM), pembiayaan program-program NGO (Badan-Badan Bukan Kerajaan) dan dasar penempatan sebanyak 10% pelajar India di Politeknik.

“Beberapa tahun lalu, di Port Dickson kontraktor India diberi tempat dalam membina sekolah-sekolah Tamil yang baru dan kerajaan juga membuat dasar semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mesti mempunyai kelas pra-sekolah. Ini usaha kerajaan supaya masyarakat India akan membangun seiring dengan komunit-komuniti dan masyarakat yang lain,” katanya lagi.

WhatsApp Image 2017-01-22 at 10.05.34 PM(1)

Sementara itu, Presiden KBBT, K. Murali, turut membentangkan enam resolusi KBBT iaitu pemberian dana khas untuk membina galeri kebuyaan, keseniaan adat dan budaya tamil di Port Dickson, SJKT baru dinamakan dengan nama mendiang presiden KBBT, S.Ambanathan dan Krishnasamy, membuka peluang pelajaran dan pekerjaan di sektor awam dan swasta kepada belia tamil, had umur belia dikekalkan kepada 40 tahun, memberikan jawatan Senator kepada belia tamil dan sokongan penuh KBBT dalam menjayakan dasar dan agenda Transformasi Nasional (TN50).

KBBT yang mempunyai 292 cawangan di seluruh negara dan 24,552 keahlian belia tamil ditubuhkan untuk memelihara kebudayaan, kesenian dan bahasa masyarakat tamil.

Pada majlis yang sama, Najib telah menyampaikan cek bantuan peruntukan khas sekolah tamil bernilai RM2.18 juta kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan dan sijil penarafan Malaysia Book of Record kepada KBBT atas pencapaian memasak 2,500 periuk Ponggal.

– AH

Tinggalkan komen anda