Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pendidikan Kunci Perubahan, Tinggal Kemiskinan

By 22 Januari 2017Februari 6th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto: Herman Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Malaysiaaktif) – “Walau sesusah mana dan semiskin mana kita sekalipun, pastikan pendidikan anak-anak tidak terabai.

“Ini kerana pendidikan merupakan kunci untuk merubah hidup sendiri dan keluarga pada masa hadapan.”

Jelas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mengenai kepentingan pendidikan dan menamatkan pendidikan bagi generasi muda di negara ini.

WhatsApp Image 2017-01-22 at 2.39.19 PM

Datuk Johari Abdul Ghani menyampaikan sumbangan kepada orang ramai semasa Pesta Ponggal Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Saya sendiri datang dari keluarga miskin yang hidup di penempatan setinggan tetapi melalui pendidikan dapat mengubah kehidupan keluarga saya sekarang,” jelas beliau lagi.

Datuk Johari turut menyeru agar selain memantau pembelajaran, ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan seharian anak-anak  dan ambil maklum dengan siapa mereka berkawan.

“Tidak salah untuk bersosial namun ada had dan batas serta kerana keputusan yang dibuat sekarang akan menentu apa yang berlaku pada masa akan datang,” ujarnya lagi semasa merasmikan Pesta Ponggal Parlimen Titiwangsa anjuran MIC Titiwangsa di sini, malam tadi.

Perayaan Ponggal diraikan semasa musim menuai secara meluas oleh masyarakat Hindu di seluruh dunia.

Golongan belia membuat persembahan kebudayaan semasa Pesta Ponggal peringakt Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ianya diraikan secara tradisi sebagai simbol terima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda dalam kehidupan manusia.

Program Pesta Ponggal malam tadi turut diserikan dengan tarian tradisional masyarakat India di samping pendaftaran pengundi baru oleh Suruhanjaya PilihanRaya (SPR).

Program turut di hadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Saravanan Murugan.

-MSM

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda