Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penyampaian Bantuan Beg Sekolah Kepada Murid Miskin

By 2 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Ahmad Jofri Ahmad Sulaiman & Hamisah Sumar

BATU PAHAT,  29 Dis  – Pengerusi dan AJK Masjid Kampung Sungai Suluh telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Masjid Jamek, Kg. Sungai Suluh, Batu Pahat.

Ketua Kampung Sungai Suluh, Ismail Abdullah berkata Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Amir Abd Rahman, Imam Masjid Simpang Rengam dan majlis telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senggarang, Haji A. Aziz ismail.

Sebelum majlis ceramah bermula, diadakan acara penyampaian bantuan beg sekolah kepada anak-anak yang memerlukan bagi kawasan DUN Senggarang. Majlis penyampaian bantuan beg sekolah tersebut telah disempurnakan oleh  Tn Hj A Aziz Ismail.

Sebanyak 100 beg sekolah dan beberapa kelengkapan alat tulis telah disumbangkan kepada anak-anak khususnya golongan keluarga yang kurang berkemampuan dalam kawasan DUN Senggarang. Program ini merupakan inisiatif Barisan Nasional (BN) bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan di DUN Senggarang menjelang persediaan anak ke sekolah.

A. Aziz berkata program ini memberikan tumpuan kepada murid daripada golongan miskin bagi sesi persekolahan Januari 2017 yang bermula pada 1 Januari 2017.

Tinggalkan komen anda