Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Pertandingan Kaligrafi Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina

By 23 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Fasharina Kholil

LENGGONG, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Seni kaligrafi Cina merupakan satu kesenian yang mempunyai keunikan dan maksud tersendiri. Bagi menghasilkan sebuah kaligrafi dengan menggunakan dakwat, berus dan kertas khas bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Justeru, dalam memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Baru Ayer Kala sepakat menganjurkan sebuah pertandingan kaligrafi di Dewan Orang Ramai Kg Baru Ayer Kala, pada Rabu.

Pertandingan yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu sekolah rendah, menengah dan terbuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar sekolah serta  penduduk tempatan.

kaligrafi berkumpulan

Menurut Pengerusi KRT Kg Baru Ayer Kala, Chow Tuck Hoi, program ini merupakan acara tradisi yang diadakan pada setiap tahun menjelang Perayaan Tahun Baharu Cina.

“Program ini juga merupakan salah satu cara untuk terus menghidupkan seni kaligrafi dalam kalangan generasi muda agar ia tidak dilupakan,” ujarnya.

Tambah Tuck Hoi, dia turut berharap agar kemahiran dan seni kaligrafi ini akan terus dipraktikkan oleh generasi muda tempatan dalam usaha untuk terus mengekalkan seni dan keunikan budaya masyarakat Cina.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda