Skip to main content
HomeViral

Pencemaran Logam Dalam Ikan Adalah Rendah

By 23 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Gambar hiasan

 

PUTRAJAYA, 23 Jan — Pencemaran logam dalam ikan hasil aktiviti perlombongan bauksit adalah rendah dengan kepekatan di bawah paras maksimum dibenarkan seperti yang termaktub dalam Akta Makanan 1985.

Jabatan Perikanan Malaysia dalam kenyataan berkata, keputusan itu berdasarkan kajian yang dijalankan pasukan penyelidikan jabatan berkenaan pada Februari 2016.

 Katanya, kajian itu dibuat berikutan kes pencemaran bijih bauksit di Sungai Balok dan Sungai Penggorak, Kuantan, Pahang pada penghujung 2015.

“Bahagian Pentaksiran Impak, Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung Pulau Pinang (FRI Batu Maung) membuat pemerhatian dan kajian lanjutan mengenai tahap pencemaran bauksit di perairan yang terbabit di sekitar Kuantan, Pahang.

“Di samping itu, kajian turut melihat kesan pencemaran bauksit terhadap sumber perikanan dan ekosistem akuatik, bagi menilai sama ada perlombongan bauksit di Kuantan Pahang memberikan impak negatif kepada sumber dan ekosistem perikanan,”katanya.

Menurutnya, logam yang diperiksa termasuk aluminium, besi, manganese, magnesium, zink , kadmium, kromium, lead, merkuri, copper, arsenik dan selenium.

Katanya, sejumlah 25 spesies ikan diambil dari Sungai (Sg) Balok; Sg Penggorak; Sg Riau; Sg Mabuk; Sg Padan; Empangan Kobalt, Kuala Penur dan Tanjong Lumpur bagi tujuan kajian.

 

http://www.hmetro.com.my/node/199788
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda