Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Berkempen Buat Azizul Makin Hormat Arwah Ayah

By 11 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

LUNDU, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Kelibat anak-anak calon Barisan Nasional (BN) Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah dapat dirlihat sejak hari pertama berkempen. Jamilah yang masih dalam tempoh edah oleh sebab pemergian suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem banyak menggerakkan kempennya melalui anak-anaknya.

Memasuki hari yang kelapan berkempen, Azizul Annuar Adenan, 26, menyifatkan pengalamannya turun berkempen untuk ibunya sebagai pengalaman yang menakjubkan oleh sebab sokongan padu masyarakat Tanjong Datu.

“Secara jujurnya, semua pengalaman ketika berkempenkali ini ibarat memberi banyak pengajaran kepada saya.  Memang sebelum ini saya ada ikut arwah ayah keluar berkempen, dan melakukan program di kawasan ini.

azizul dan aziza ketika sidang media yang berlangsung sebentar tadi

Azizul dan Aziza ketika sidang media yang berlangsung sebentar tadi

“Tetapi untuk turun padang dan melakukan apa yang dilakukan oleh arwah ayah ialah sesuatu yang menakjubkan dan menambahkan rasa hormat saya kepada arwah.

Sementara itu, kakak Azizul, Aziza Jasmi Adenan, 33 walaupun baru dua hari berkempen dia dapat merasakan sokongan mendalam yang diberikan oleh masyarakat tematan.

“Perasaan saya cukup tersentuh oleh sokongan orang ramai kepada arwah. Walapun baru dua hari mula berkempen oleh sebab tanggungjawab keluarga, tetapi saya dapat lihat orang kampung berkata berkaitan bapa saya buat itu, buat ini.

Arwah juga katanya banyaka menyumbang. Ini menyebabkan saya makin tersedar akan impak besar yang arwah ada di kawasan ini,” ujarnya lagi ketika ditemui semasa melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Media di sini tengah hari tadi.

Azizul bersama petugas media PRK Tanjong Datu

Azizul bersama petugas media PRK Tanjong Datu

Azizul juga tidak menolak jika ditakdirkan untuk mengikut jejak langkah keluarganya dalam bidang politik.

“Dilahirkan dalam keluarga ahli politik menyebabkan saya banyak menerima persoalan itu tetapi saya berserah segalanya kepada Tuhan kerana kita hanya merancang namun tuhan yang menentukan. Jika memang tertulis untuk saya, saya pasti tak dapat nak mengelakkannya,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya berkenaan Hari Mengundi Awal yang bakal berlangsung esok, Azizul yakin bahawa pihak tentera dan polis akan mengundi kepimpinan sedia ada.

“Pilihlah calon nombor satu. Pada saya, pihak polis dan tentera di sini tak perlu diperkenalkan lagi  tentang siapa mak saya dan saya percaya mereka akan mengundi kepemimpinan sedia ada.

Dalam pada itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan medianya semalam sebanyak 188 pemilih awal yang melibatkan polis dan tentera akan mengundi di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Sampapdi bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang esok.

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda