Skip to main content
Berita SarawakHome

Dalam Hal Kebajikan Jamilah Nombor Satu – Fatimah

By 11 Februari 2017Februari 15th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan dan foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

LUNDU, 11 Feb (Malaysiaaktif) – “Dalam hal kebajikan beliau (Jamilah) ialah nombor satu. Beruntunglah PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Pakma Gading ini yang bakal mendapat bangunan baharu seperti yang disebut pagi tadi oleh Azizul dengan bantuan Yayasan yang beliau tubuhkan iaitu Yayasan Jasnan.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah ketika ditemui media selepas Program PDK Bersama Komuniti tengah hari tadi.

PDK Pakma Gading menerima sumbangan RM91,456 daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PDK Pakma Gading menerima sumbangan RM91,456 daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Mahligai Gading merupakan bangunan khas yang akan menempatkan PDK Pakma Gading, warga emas dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak lagi perlu menyewa oleh sebab bantuan khas yang diperoleh daripada Yayasan Jasnan dan Kerajaan Negeri sendiri.

“Yayasan Jasnan yang diterajui Jamilah akan membantu sepenuhnya urusan PDK manakala Mahligai Gading pula akan mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Mahligai yang direka khas untuk OKU (Orang Kelainan Upaya) itu dijangka siap pada hujung tahun ini. Lokasi di sana lebih strategik (berdekatan Hospital Lundu) dan pergerakan di sana pasti  lebih mudah. Diharap semakin ramai yang akan mendaftar berbanding 38 sekarang.

“Di situ nanti akan ada tempat untuk belajar, bilik asrama, setingkat, ruang untuk terapi, bilik untuk menjalankan literasi asas dan ada juga bilik penenang buat pelatih PDK,” jelas Jamilah.

Bagi seorang ibu pelatih sindrom down, Normah Abut, 64 anaknya yang mengetahui tentang bangunan baharu PDK berasa cukup teruja untuk berpindah.

Antara lukisan pelatih PDK

Antara lukisan pelatih PDK

“Apabila dapat tahu, anak saya pun suka. Tak sabar nak pindah. Asyik tanya bila mahu pindah ke Mahligai Gading. Sejak dibuka pada 2012, anak saya telah mula belajar melukis bunga, buah-buahan, ABC pun tahu juga sedikit-sedikit dan dia paling suka menyanyi,” jelasnya lagi.

Sementara itu, bagi seorang lagi ibu pelatih PDK, Hanifah Muhammad, anaknya yang mempunyai masalah pembelajaran, kini berusia 24 tahun pernah cuba bekerja. Namun oleh sebab sering menerima nasib tidak dibayar gaji, dia mula menghantar anaknya ke PDK ini untuk belajar kemahiran.

“Anak saya masa kecil dia kurang akal, sekarang dah tukar kepada kad OKU warna merah jambu, masalah pembelajaran.

Bagi Hanifah Muhammad, anaknya berasa selamat di PDK itu.

Bagi Hanifah Muhammad, anaknya berasa selamat di PDK itu.

“Dahulu anak saya pernah mewakili futsal di peringkat Borneo, di Sekolah Pendidikan Khas di Bako. Setelah tamat belajar, dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan namun tidak dibayar, jadi sebab itu saya bawa dia masuk PDK.

“Banyak bantuan yang diberikan oleh Puan Sri Jamilah dalam menaikkan PDK ini. Sekarang dengan rancangan menubuhkan PDK baharu di Pekan Lundu membuatkan saya dan anak makin seronok kerana lebih dekat dengan rumah. Boleh berjalan kaki sekarang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, anak kepada Jamilah yang merupakan peneraju PDK, Azizul Annuar Adenan ketika mengumumkan penubuhan Mahligai Gading menyifatkan ibunya seorang yang amat dekat dengan kebajikan.

Azizul ketika ditemu bual

Azizul ketika ditemu bual

“Ibu menubuhkan Mahligai Gading disebabkan hatinya yang amat dekat dengan kebajikan secara amnya di seluruh Sarawak secara khususnya di kawasan Tanjong Datu.

“Sejak 2006, kawasan ini telah diwakili oleh arwah ayah saya. Jadi ibu berhasrat untuk membangunkan kawasan ini sejajar dengan pembangunan yang lain. Dia mahukan satu pusat kebajikan yang digelar Pusat Sehenti Kebajikan yang disertai oleh semua NGO dan PDK.

“Yayasan Jasnan ialah yayasan keluarga yang melibatkan ibu dan adik-beradik kami yang merupakan badan yang membiayai PDK ini. Mahligai Gading pula merupakan sebuah kompleks yang ada warga emas, ada PDK dan NGO yang lain,” ujarnya lagi.

Azizul sempat juga berpesan agar para pengundi membawa kad pengenalan masing-masing ketika keluar mengundi pada 18 Februari ini.

-SF

Tinggalkan komen anda