Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kunjungan Kasih Bererti Bagi Rakyat

By 11 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto : Abdul Aziz Ghani (Kunak)

KUNAK, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Tiada yang lebih bererti di hati rakyat apabila dikunjungi pemimpin bertanya khabar kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.

Seorang ibu tunggal dari daerah sini, Rokiah Gewa, 50, mengucapkan syukur atas kehadiran pemimpin yang tidak terfikir akan bertemu, malah pertemuan berlaku bukan di pejabat atau dibandar tetapi di halaman rumahnya.

Nilwan (tiga dari kiri) turut berbual sambil mendengar keluhan daripada salah seorang penduduk golongan OKU.

Nilwan (tiga dari kiri) turut berbual sambil mendengar keluhan daripada salah seorang penduduk golongan OKU.

“Terima kasih datuk, kerana sudi berkunjung ke rumah usang ini,” katanya terharu apabila dikunjungi Datuk Nilwan Kabang di Kampung Skim Kokos.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Skim Kokos, Rolsley Edmus berkata keputusan kerajaan mewujudkan KRT di kampung tersebut adalah tepat kerana memberi peluang bagi kampung tersebut untuk seiring mengecapi pembangunan.

“Terima kasih Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kunak kerana berkunjung ke kawasan RT kami kerana kunjungan ini memberi impak positif kepada masyarakat.

Tambahnya lagi, sumbangan dan bantuan yang diberikan pada kunjungan tersebut memberi harapan dan keyakinan penduduk bahawa kampung ini pasti mendapat peluang memperolehi pembangunan.

Rolsley menyatakan rasa berbesar hati atas komitmen tersebut dan berharap agar kunjungan ini bukanlah yang terakhir dan perlu diteruskan agar hubungan pemimpin dan rakyat akan bertambah erat, rapat serta akrab.

Ketua Kampung, Renzie Lyta turut meluahkan rasa terima kasih atas kesudian rombongan Jalinan Kasih singgah di kampung terbabit dan berharap ianya dapat diteruskan.

 

-SH

Tinggalkan komen anda